Kekapis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kekapis atau kapis ialah moluska bivalvia (dwicangkerang) marin yang tergolong dalam keluarga taksonomik Pectinidae.
Kekapis | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | Ostreoida |
Keluarga: | Pectinidae |
genus | |
Rujuk teks | |
Sinonim | |
Pectenidae |
Kekapis merupakan sebuah keluarga bivalvia kosmopolitan [en] yang terdapat di kesemua lautan dunia tetapi tidak sekali pun di air tawar. Ia merupakan antara sekumpulan kecil bivalvia yang "hidup bebas", yang mana kebanyakan spesiesnya mampu berenang dengan deras dalam jarak pendek, malah bermigrasi cukup jauh merentasi dasar lautan. Sebilangan kecil spesies kapis hidup terlekap pada substrat (tapak) batuan ketika dewasa, dan ada lagi yang melekat pada objek pegun atau berakar rumput laut pada suatu ketika dalam hidup dengan menggunakan filamen rembesannya yang dipanggil benang bisus [en]. Majoriti spesies kapis pula hidup secara berbaring di atas tapak pasir, dan apabila terasa kehadiran pemangsa seperti tapak sulaiman, ia boleh cuba melarikan diri dengan berenang secara cepat dan lintang-pukang melalui pendorongan jet yang terhasil dengan mengepak-ngepakkan cangkerangnya. Kapis mempunyai sistem saraf yang cukup berkembang, malah ia berbeza dengan bivalvia lain di mana kesemua spesies kapis mempunyai deretan mata-mata ringkas yang membarisi bibir mantelnya [en] (selaput di bawah cangkerang).
Kebanyakan spesies kapis amat dihargai sebagai sumber makanan manusia, malah ada juga yang dijadikan ternakan akuakultur. Perkataan "kapis" (bahasa Inggeris: scallopcode: en is deprecated ) juga merujuk kepada dagingnya, iaitu otot aduktor [en], yang dijual sebagai makanan laut. Cangkerang kapis yang berwarna-warni, bersimetri dan berbentuk kipas, lebih-lebih lagi dengan corak jalur-jaluran yang memancar, dihargai oleh pengumpul cangkerang dan digunakan sebagai motif seni halus, seni bina dan reka bentuk semenjak zaman-berzaman.