Piala AFF 2020
pertandingan bola sepak antarabangsa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala AFF 2020 merupakan edisi ketiga belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan ketujuh di bawah nama Piala Suzuki AFF (atas sebab penajaan).[1]
Piala Suzuki AFF 2020 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Singapura |
Tarikh | 5 Disember 2021 – 1 Januari 2022 |
Pasukan | 10 (dari 1 sub-konfederasi) |
Tempat | 2 (di 1 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Thailand (Kejuaraan Ke-6) |
Naib Juara | Indonesia |
Separuh Akhir | Vietnam Singapura |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 26 |
Jaringan gol | 88 (3.38 per perlawanan) |
Kehadiran | 103,422 (3,978 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Safawi Rasid Chanathip Songkrasin Teerasil Dangda Bienvenido Marañón (Masing-masing 4 gol) |
Pemain terbaik | Chanathip Songkrasin |
Anugerah Permainan Bersih | Indonesia |
← 2018 2022 → |
Kejohanan akhir pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 31 Disember 2020.[2] Bagaimanapun kejohanan ditangguhkan dan sekurang-kurangnya dua kali dijadualkan semula kerana pandemik COVID-19; kejohanan ini dijadualkan semula untuk dijalankan pada 11 April hingga 8 Mei 2021[3] dan jadual kemudian diturunkan lagi hingga 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.[4]
Vietnam merupakan juara bertahan,[5] tetapi disingkirkan oleh Thailand di separuh akhir. Thailand menang kejohanan itu dengan kemenangan 6–2 dalam dua perlawanan timbal balik akhir menentang Indonesia untuk memastikan gelaran keenam mereka.[6]