Kemurungan adalah reaksi normal kepada tekanan atau bahaya, tetapi perasaan cemas dan kekhuatiran yang berturut-turut mungkin disebabkan Kecelaruan keresahan. Gangguan kerisauan boleh membuat hidup sengsara. Kebanyakan kemurungan kebimbangan dapat dirawat, biasanya melalui bantuan kaunseling dan ubat-ubatan.
Gangguan perasaan berterusan melebihi tempoh dua minggu, di mana seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam menjalankan aktiviti harian.
- Berlaku ketidakseimbangan kimia dalam otak (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine)
- Baka keturunan, mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapnya
- Persekitaran, peristiwa hidup dan kekurangan sokongan sosial dari keluarga
- Ubat-ubatan, sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan penyakit ini, namun akan hilang apabila ubat tersebut dihentikan
- Penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidsm
- Corak pemikiran tertentu yang menjadi pencetus. Ini dari aspek pemikiran terhadap diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya.
- Stressor, punca stress yang tidak terkawal juga berupaya mencetuskan kemurungan
- Peristiwa lain termasuk penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak, menghidapi penyakit serius / tinggal dengan orang yang menghidap penyakit tersebut
- Kehilangan orang yang disayangi
- Baru melahirkan anak
Tanda dan gejala kemurungan adalah seperti berikut:
- Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau tidur berlebihan
- Kesedihan atau "kekosongan" perasaan yang berpanjangan
- HIlang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain
- Cepat rasa letih dan tidak bertenaga
- Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa
- Perasaan bersalah
- Rasa diri tidak berguna
- Hilang selera makan dan penurunan berat badan
- "Rasa lebih baik mati", kadangkala disertai cubaan membunuh diri
- Rasa tidak tenteram dan mudah marah
- Kurang daya tumpuan dan ingatan
- Sukar membuat keputusan
- Simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit badan dan gangguan penghadaman
- Kurang nafsu seksual
- Pergerakan menjadi terhad / kaku atau mejadi gelisah
- Mudah cemas atau fobia
- Pernah mengalami kemurungan sebelum ini
- Mempunyai ahli keluarga yang memhidapnya
- Mempunyai penyakit kronik (Kanser, Diabetes, Hipertensi, Sakit Buah Pinggang, Strok, Sakit Jantung atau kesakitan berpanjangan)
- Hilang anggota tubuh badan secara tiba-tiba
- Kematian orang yang disayangi secara tiba-tiba
- Penceraian
- Masalah rumahtangga
- Masalah keluarga
- Penyalahgunaan dadah dan arak
- Pengambilan ubatan tertentu
- Mangsa penderaan
- Tekanan di tempat kerja
- Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak
- Kecenderungan mudah risau atau bimbang
- Perasaan sedih semasa dalam pantang (selepas bersalin)
- Krisis ekonomi
Terdapat beberapa kesan sampingan selain daripada gejala yang disebutkan di atas.
- Mulut kering, disarankan minum air yang banyak, kunyah gula-gula getah yang kurang manis dan bersihkan gigi setiap hari
- Sembelit, disarankan mengambil biijirin, buah prune, buah-buahan dan sayur-sayuran
- Masalah pundi kencing
- Masalah seksual
- Penglihatan yang kabur
- Pening
- Ketahui penyakit anda
- Patuh kepada ubat-ubatan dan rawatan susulan
- Bertenang dan sentiasa bersikap positif
- Rancang kewangan anda
- Amalkan gaya hidup sihat
- Menyertai aktiviti yang membuat kita rasa gembira
- Pecahkan tugasan besar kepada bentuk kecil dan tetapkan keutamaan
Penyakit kemurungan ini boleh dirawat, dengan rawatan yang teratur dan intensif lebih 80% daripada pesakit dapat sembuh sepenuhnya.
- Penggunaan ubat "anti-depressant"
- Terapi elektrokonvulsif (ECT)
- Psikoterapi
- Kaunseling
- Berjumpa dengan doktor di Klinik Kesihatan/Hospital yang terdekat
- Berjumpa dengan kaunselor
- Buat sesuatu yang membuatkan anda ketawa
- Rehatkan diri dari perkara rutin
- Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
- Pecahkan tugasan besar kepada bentuk kecil dan tetapkan keutamaan
- Dekatkan diri kepada tuhan
- (Inggeris) Anxiety, Mental Health 0114 – 2005, Pharmacy Self Care Health Care Information
Templat:Tunas-psikologi
Maklumat lanjut Emosi ...
Emosi |
Belas kasihan • Cinta • Ekstasi • Enui • Epifani • Fanatisisme • Harga diri • Iri hati • Kasihan pada diri sendiri • Keambivalenan • Keangkuhan • Kebahagiaan • Kebanggaan • Kebencian • Kebosanan • Keghairahan • Kekecewaan • Kekeliruan • Kekosongan • Kemarahan • Kemarahan salih • Kemurungan • Kepahitan • Keprihatinan • Kesangsian • Kesedihan • Kesepian • Ketakutan • Ketenangan • Kompersi • Limerens • Melankolia • Nafsu • Panik • Pemuasan • Penderitaan • Penerimaan • Pengharapan • Penghinaan • Perasaan cemburu •
Perasaan disingkirkan • Perasaan gerun • Perasaan terkejut • Rasa bersalah • Rasa malu • Rasa menyampah • Rasa segan • Rasa sesal • Rasa terhutang budi • Rindu kampung halaman • Sikap apati • Taubat |
Tutup