kebakaran hutan di negeri Hawaii pada 2023 From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada awal Ogos 2023, satu siri kebakaran hutan berlaku di negeri Hawaii, Amerika Syarikat, terutamanya di pulau Maui. Kebakaran yang dipacu oleh angin itu menyebabkan pemindahan, kerosakan yang meluas, dan telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang di bandar Lahaina; 1,500 lagi masih hilang. Percambahan kebakaran hutan tersebut disebabkan oleh keadaan kering dan angin kencang yang dihasilkan oleh kawasan tekanan tinggi yang kuat di utara Hawaii dan Hurikan Dora di selatan.[1]
Kebakaran liar Hawaii 2023 | |
---|---|
Lokasi | Hawaii, Amerika Syarikat |
Koordinat | 20°52′56.6″N 156°40′53.8″W |
Perangkaan | |
Tarikh | |
Kematian | 111 |
Tercedera | 68 |
sunting · sunting di Wikidata |
Pengisytiharan kecemasan telah ditandatangani pada 8 Ogos, membenarkan beberapa tindakan, termasuk pengaktifan Pengawal Kebangsaan Hawaii, tindakan sewajarnya oleh pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii dan Pentadbir Pengurusan Kecemasan, serta perbelanjaan dana hasil am negeri untuk bantuan kebakaran.[2] Menjelang 9 Ogos, pemerintah negeri Hawaii mengeluarkan perintah darurat untuk seluruh negeri itu.[1] Pada 10 Ogos, Presiden AS Joe Biden mengeluarkan deklarasi bencana besar persekutuan.[3]
Sehingga 11 Ogos, kebakaran liar Hawaii 2023 adalah yang paling maut di Amerika Syarikat sejak kebakaran Camp 2018, di mana 85 orang telah disahkan terbunuh.[4] Untuk kebakaran di Lahaina sahaja, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) dan Pusat Bencana Pasifik (PDC) menganggarkan bahawa lebih 2,200 bangunan telah musnah,[5] termasuklah banyak mercu tanda bersejarah di Lahaina[6][7] dan menganggarkan kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran itu kira-kira $5.52 bilion.[5]
Gabenor negeri Hawaii, Josh Green, berkata kebakaran hutan ini sebagai "bencana semula jadi terburuk" dalam sejarah Hawaii.[8][lower-alpha 1] Ia merupakan kebakaran hutan paling maut di Amerika Syarikat sejak kebakaran Camp pada 2018 di California Utara, yang mengorbankan 85 orang.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.