Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan-Toa Payoh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bishan–Toa Payoh ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan yang terdiri dari empat Anggota Parlimen yang berada di tengah-tengah Singapura. Kawasan undi ini mengandung keseluruhan bagian daripada Bishan, sebahagian besar wilayah daripada Toa Payoh, beberapa bagian di kawasan Thomson. Bagian-bagian rasmi yang tercatat antara lain ialah gabungan bahagian Toa Payoh Barat & bahagian Thomson, gabungan bahagian di Bishan Timur & bahagian Sin Ming, Bishan Utara, Shun Fu, Toa Payoh Timur, dan Toa Payoh Tengah.
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan bagi Parlimen Singapura | |
Wilayah | Tengah Singapura |
Pengundi | 101,366 |
Kawasan undi semasa | |
Dibentuk | 1997; 27 tahun yang lalu (1997) |
Bilangan wakil | 4 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil |
|
Majlis Bandaran | Bishan-Toa Payoh |
Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Thomson dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Toa Payoh |
Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1997 dengan menggabungkan bahagian Bishan Timur, Bishan Utara, dan Thomson daripada GRC Thomson ke dalam GRC Toa Payoh. Bahagian yang berada di Taman Serangoon dipecah kemudian dibagi ke dalam tiga kawasan undi, yakni Aljunied, Ang Mo Kio dan Marine Parade.
Kawasan Undi Bishan–Toa Payoh pada mulanya dikuasai oleh Timbalan Wakil Perdana Menteri, Wong Kan Seng, hingga persaraannya pada tahun 2015. Pada masa kini, kawasan ini dikuasai oleh Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan; Josephine Teo Li Min, Menteri Tenaga Kerja (dan Menteri Kedua daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri); dan Chee Hong Tat, Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.
Kawasan Thomson dan Toa Payoh menjadi kawasan tak tertanding sejak PRU 1991. Bishan–Toa Payoh yang menyerap GRC Thomson dan Toa Payoh juga menjadi kawasan tak tertanding sejak 1997 sehingga 2011, saat pimpinan Parti Rakyat Singapura, Chiam See Tong, memimpin pertandingan. Batas-batas kawasan ini pun sejak 1997 tak pernah berubah sehingga tahun 2015, saat kawasan ini menyerap Balestier, Empangan MacRitchie dan Novena. Pada tahun 2020, Bishan Utara terukir dan masuk ke dalam Kawasan Undi Perseorangan Marymount dan berkurang menjadi empat kerusi. Sementara itu, Balestier dan Novena dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jalan Besar dan, sebagai gantinya, Blok 210-224 dari kawasan yang telah lama dikuasai oleh parti pembangkang Potong Pasir masuk ke dalam bahagian Toa Payoh Timur.
Hujung barat daripada kawasan undi ini masuk ke dalam Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah. Kawasan-kawasan lain yang sebagian kawasannya masuk dalam hutan kawasan tadahan air ialah Kawasan Undi Holland-Bukit Timah dan Nee Soon.