![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1f/Katsuobushi_02.jpg/640px-Katsuobushi_02.jpg&w=640&q=50)
Katsuobushi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Katsuobushi (disebut [ka.tsu.o.bu.syi], 鰹節) atau okaka (おかかcode: ja is deprecated ) ialah sejenis makanan awet yang diperbuat daripada aya jepun (鰹, カツオ katsuo; nama saintifik: Katsuwonus pelamis). Ia turut dikenali sebagai emping bonito yang disebut bonito flake dalam bahasa Inggeris.
![]() |
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1f/Katsuobushi_02.jpg/640px-Katsuobushi_02.jpg)
Ia bahan asas masakan Jepun terutamanya sebagai bahan penyedap makanan sama ada ditaburkan di atas tauhu dingin (hiyayako), okonomiyaki dan takoyaki; dimakan begitu saja sebagai lauk bersama nasi; mahupun direbus dengan kombu untuk membuat sejenis renehan berperisa iaitu dashi.
Isi ikan yang diawet ini sangat keras sehingga terpaksa diparut sebelum digunakan dalam masakan menggunakan sejenis alatan khas seakan ketam kayu (katsuobushi kezuriki, 鰹節削り器; かつおぶしけずりき). Katsuobushi yang sudah diparut halus kelihatan berwarna perang muda hingga merah jambu cair dan umumnya dijual dalam bungkusan plastik. Katsuobushi yang sudah diserat sering disebut dengan nama kezuribushi (削り節)
Pengawetan dan pemprosesan bahan makanan ini lazim dilakukan di beberapa negara seperti Jepun dan kepulauan Maldives.