drama arahan pengarah Kabir Bhatia dan Hazrin Husni yang diterbitkan oleh Filmscape yang disiarkan di TV3 pada tahun 2007 bagi menggantikan drama Emil Emilda From Wikipedia, the free encyclopedia
Kasih Suci adalah merupakan sebuah drama arahan pengarah Kabir Bhatia dan Hazrin Husni yang diterbitkan oleh Filmscape yang disiarkan di TV3 pada tahun 2007 bagi menggantikan drama Emil Emilda. Dibintangi oleh Nur Fazura, Azean Irdawaty, Fahrin Ahmad, Adi Putra, Benjy dan drama ini turut memperkenalkan seorang pelakon baharu yang berasal dari Indonesia, iaitu Anisa Sulandana. Drama ini ditayangkan setiap hari Selasa hingga Khamis, pada jam 10 malam di Slot Samarinda, TV3 bermula pada 28 Jun 2007.
Kasih Suci | |
---|---|
Genre | Keluarga Konflik Dendam |
Ditulis oleh | Mira Mustaffa |
Pengarah | Kabir Bhatia Hazrin Husni |
Dibintangi oleh | Nur Fazura Anisa Sulandana Azean Irdawaty Fahrin Ahmad Adi Putra Benjy |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu Bahasa Indonesia |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Frank Lewis |
Penerbit | Francis Foo Kabir Bhatia Mira Mustaffa |
Tempoh siaran | 20-22 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Filmscape |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) |
Siaran asal | 28 Jun 2007 – 04 September 2007 |
Kronologi | |
Mengikuti | Emil Emilda |
Diikuti oleh | Kerana Cintaku Saerah |
Puan Zain hampir mati apabila seseorang mencuba untuk membunuhnya dengan meletakkan seekor labah-labah berbahaya didalam biliknya. Namun Puan Zain terselamat apabila bisa labah-labah tersebut dirawat dengan cepat. Disebabkan hal itu, Puan Zain membuat keputusan untuk menukarkan wasiatnya dan mewariskan seluruh hartanya kelak kepada cucu kesayangannya, Kasih.
Puan Zain juga telah mengamanahkan Kasih untuk menguruskan Al Hussain Holdings, iaitu syarikat milik keluarga mereka. Namun, keputusan Puan Zain tersebut mendapat tentangan daripada semua ahli keluarga yang lain terutamanya sepupu Kasih, Kahar. Kahar berasa marah dan tidak berpuas hati dengan keputusan neneknya itu dan mulai merancang untuk merampas syarikat dan harta warisan neneknya itu daripada Kasih. Ketika konflik perebutan harta dalam keluarga tersebut menjadi semakin rumit, ketika itu munculnya seorang gadis misteri yang bernama Suci.
Kehadiran Suci amat ditakuti dan dibenci oleh Puan Zain, kerana tanpa sesiapa mengetahui rahsia yang tersimpan kemas selama ini, Suci sebenarnya adalah adik tiri kepada Kasih. Puan Zain berasa bimbang Suci bakal menuntut haknya, lalu dia kemudian mencuba menghalang Suci daripada menuntut harta keluarga mereka dengan mengusir Suci sama seperti mana dia pernah mengusir ibu kandung kepada Suci, Widya suatu ketika dahulu. Berjayakah Puan Zain menghalang niat Suci? Apakah tujuan sebenar kemunculan Suci dirumah tersebut? Siapakah dalang disebalik cubaan membunuh Puan Zain?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.