Kapten (Amerika Syarikat)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Bagi negara lain yang menggunakan pangkat ini, lihat Kapten.
Bagi pangkat kepten tentera laut, lihat Kepten (Amerika Syarikat).
Di dalam Tentera Darat Amerika Syarikat (USA), Kor Marin (USMC), Tentera Udara (USAF) dan Tentera Angkasa (USSF), Kapten adalah pangkat pegawai kompeni, dengan gred gaji O-3. Ia berkedudukan atas leftenan pertama dan di bawah mejar. Ia setaraf dengan pangkat leftenan dalam sistem pangkat pegawai Tentera Laut/Pengawal Pantai dan ia berbeza daripada pangkat Tentera Laut/Pengawal Pantai yang lebih tinggi iaitu kepten. Tanda pangkat kapten berbentuk dua bar perak, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat/Tentera Udara dan versi Kor Marin.
Kapten Captain | ||
| ||
Negara | Amerika Syarikat | |
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Kor Marin Tentera Udara Tentera Angkasa | |
Singkatan | CPT (Army) Capt (Marine Corps, Air Force dan Space Force) | |
Kumpulan pangkat | Pegawai kompeni | |
Kod NATO | OF-2 | |
Pangkat tinggi seterusnya | Mejar | |
Pangkat rendah seterusnya | Leftenan Pertama | |
Persamaan pangkat |
| |