![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/83/Japanese_aircraft_carrier_hiryu.jpg/640px-Japanese_aircraft_carrier_hiryu.jpg&w=640&q=50)
Kapal induk Jepun Hiryu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapal induk Jepun yang terbabit dalam Serangan ke atas Pearl Harbor dalam Perang Dunia II, Hiryu (飛龍; "Naga Terbang") telah dimusnahkan pada 5 Jun 1942 oleh kapal terbang tentera laut Amerika Syarikat semasa Pertempuran Midway.
Hiryu (bahasa Jepun: 飛龍, bererti "naga terbang") adalah kapal induk kelas Soryu bagi Tentera laut Imperial Jepun. Ia terbabit dalam serangan ke atas Pearl Harbor yang memulakan Perperangan Pasifik dan ia dimusnahkan pada 5 Jun 1942 dalam serangan udara dalam Pertempuran Midway.
Kapal ini dibina menurut spesifikasi Washington Naval Treaty yang berkuat kuasa ketika itu, yang menghadkan berat ton dan persenjataannya. Akibatnya, Hiryu agak kecil sebagai kapal induk dibina khusus berbanding saingannya semasa Perang Dunia II, membawa sekitar 70 kapal terbang.