From Wikipedia, the free encyclopedia
Kamov adalah sebuah syarikat pembuat helikopter Rusia. Syarikat ini diasaskan oleh Nikolay Ilyich Kamov (Rusia: Никола́й Ильи́ч Ка́мов)) yang menjadi ketua pereka biro reka bentuk Kamov.
Nikolay Ilyich Kamov memulakan pembinaan helikopternya dalam tahun 1929 bersama-sama N. K. Skrzhinskii. Sehingga tahun-tahun 1940-an, mereka membina autogiro termasuk pesawat A-7-3 yang dilengkapi senjata dan digunakan dalam pertempuran.
Selepas Perang Dunia II, biro reka bentuk Kamov membuat rekaan khusus untuk helikopter, dan menjadi terkenal dengan reka bentuk menggunakan sistem rotor sepaksi (coaxial rotor) yang begitu sesuai untuk kegunaan di atas kapal tentera laut dan membolehkan operasi pada kelajuan tinggi.
Dalam tahun 2006 Syarikat Kamov bergabung dengan syarikat-syarikat Mil dan Rostvertol untuk menjadi entiti Oboronprom Corp. Jenama Kamov akan diteruskan di bawah syarikat baru ini, walaupun keluaran yang bertindan akan digabungkan.
Rekaan Kamov termasuk :
Tarikh | Model | Catatan |
---|---|---|
25 September 1929 | KaSkr-I Autogiro | Reka bentuk autogiro pertama dihasilkan di Soviet Union, rekaan oleh Kamov dan Skrzhinskii. Berasaskan model-model yang dihasilkan oleh Cierva. |
1934 | A-7 | Autogiro yang digunakan untuk tugasan peninjauan dan pemerhatian. |
1944 | Ka-8 Vertolet | Kamov memperkenalkan susun atur rotor sepaksi, rekaan helikopter tulen pertama oleh Kamov. Susun atur rotor sepaksi menjadi tanda pengenalan rekaan Kamov dan masih digunakan oleh Kamov. Pesawat Ka-8 adalah pesawat satu tempat duduk yang menggunakan sebuah enjin motosikal 27hp yang dilonjakkan menjadi 45hp dengan menggunakan alkohol sebagai bahan api. Bilah rotor dibina menggunakan kayu. 3 unit dibina. |
September 1949 | Ka-10 Hat | Pesawat Hat akan penambahbaikan ke atas reka bentuk Ka-8 dengan enjin 55 hp buatan Ivchenko membolehkan pesawat mencapai kelajuan 90 kmj. Penggunaan ekor kembar dimulakan dengan pesawat Ka-10M. 12 units dibina. |
1952 | Ka-15 Hen | helikopter pelbagai guna dengan dua tempa duduk direka khas untuk Tentera Laut Soviet yang memperkenalkan biro reka bentuk Kamov kepada dunia luar. Versi awam diberikan pengenalan Ka-15M.
|
1955 | Ka-18 Hog | Helikopter Ka-15 dengan fiuslaj besar dan menggunakan enjin Ivchenko 280 hp AI-14VF dengan keupayaan membawa 4 orang penumpang. 200 unit dibina. |
1960 | Ka-20 Harp | kali pertama dipertunjukkan pada Hari Penerbangan Soviet tahun 1961. pesawat ini dilihat sebagai prototaip helikopter Ka-25. Banyak menyerupai
Ka-15 dan Ka-18. |
1960 | Ka-22 Hoop Vintokryl | Pesawat berubah bentuk yang berjaya mencapai beberapa rekod. Hanya 1 unit dibina.
|
1965 | Ka-25 Hormone | Helikopter kegunaan atas kapal untuk Tentera Laut Soviet. Digunakan kebanyakannya sebagai pesawat antikapal selam. Hampir 500 unit dibina sehingga tahun 1975.
Ka-25BSh Hormone - A : varian ASW
|
1966 | Ka-26 Hoodlum-A | Helikopter pelbagai guna yang banyak digunakan oleh Aeroflot dan untuk eksport. Lebih 600 unit dibina. |
1969 | V-50 | Projek helikopter penyerang dengan rotor iring (tandem rotors). Pembangunan dibatalkan. |
1978 | Ka-27 Helix | Helikopter pengganti untuk Ka-25 Hormone. Mulai dilihat atas kapal pembinasa jenis Udaloy |
1981 | Ka-28 / Ka-32 Helix |
varian kegunaan awam dan untuk eksport helikopter Ka-27 |
27 Julai 1982 | Ka-50 Hokum-A | juga dikenali sebagai V-80, Werewolf & Black Shark
|
1986 | Ka-116 Hoodlum-B | Helikopter Ka-26 dengan enjin turbin |
Pertengahan tahun-80an | V-100 | Helikopter penyerang jenis berat dengan kips penujah di belakang (pusher propeller) dengan kelajuan melebihi 400 km/j. Dilengkapkan dengan persenjataan 3000 kg terdiri dari bom dan roket, 2 laras meriam, 2 misil antiradar atau antikapal. Tidak dikeluarkan. |
1990 | Ka-118 | Pembangunan menggunakan teknologi NOTAR ( No TAil Rotor ). |
1993 | Ka-128 | Helikopter Ka-126 dengan tambahan kotak gear perantaraan dan avionik Bendix King. |
1998 | Ka-60 | Helikopter menggunakan rotor tunggal |
1994 | Ka-62 | Helikopter menggunakan rotor tunggal |
1994 | Ka-226 | pembangunan Ka-126 dengan dipasangkan dua buah enjin |
90-an | Ka-37 | Helikopter tanpa juruterbang dibangunkan bersama Daewoo dari Korea Selatan untuk kegunaan pertanian. Berat maksimum 250 kg, kelajuan 110 km/j dan masa penerbangan 45 minit |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.