Jepun mula menggunakan takwim Gregorius pada 1 Januari 1873. Sebelum tahun 1873, Jepun menggunakan kalendar qamari-suria yang diubah suai daripada takwim Cina.

Penulisan tarikh

Penulisan tarikh bagi ini adalah sama seperti kalendar Cina iaitu mengikut urutan seperti berikut: tahun, bulan dan hari. Misalnya, tarikh 20 September 2001 ditulis seperti: 2001年9月20日

Tahun

Sejak penggunaan takwim Gregoriys, tiga buah sistem berlainan digunakn di Jepun:

  • Zaman Kristian Barat
  • nama zaman Jepun (nengō atau gengō) yang berdasarkan pemerintahan maharaja terkini, misalnya tahun 2004 ialah tahun Heisei ke-16
  • Tahun empayar yang berdasarkan pengasasan mitos Jepun oleh Maharaja Jimmu pada tahun 660 SM.

Antara ketiga-tiga sistem tersebut, yang kedua-dua pertama masih digunakan pada hari ini; kalendar empayar digunakan sehingga akhir Perang Dunia II, walaupun ia masih dikekalkan dalam sebilangan konteks rasmi.

Bulan

Nama-nama Jepun yang moden untuk bulan secara harfiah diterjemahkan sebagai "bulan pertama", "bulan kedua", dan sebagainya. Nombor yang berkenaan digabung dengan akhiran -gatsu yang bermaksud "bulan":

  • Januari - ichigatsu (一月)
  • Februari - nigatsu (二月)
  • Mac - sangatsu (三月)
  • April - shigatsu (四月)
  • Mei - gogatsu (五月)
  • Jun - rokugatsu (六月)
  • Julai - shichigatsu (七月)
  • Ogos - hachigatsu (八月)
  • September - kugatsu (九月)
  • Oktober - jūgatsu (十月)
  • November - jūichigatsu (十一月)
  • Disember - jūnigatsu (十二月)

Tambahan lagi, setiap bulan mempunyai nama tradisi yang masih digunakan dalam sesetengah bidang seperti puisi; daripada dua belas bulan tersebut, shiwasu masih digunakan secara meluas sehingga kini. Pembuka perenggan surat atau sapaan dalam ucapan mungkin meminjam salah satu nama ini bagi menyampaikan imbasan musim. Sesetengahnya, seperti yayoi dan satsuki, mempunyai dua maksud sebagai nama diberikan (bagi wanita). Nama bulan ini turut muncul dari masa ke semasa dalam jidaigeki, yang merupakan siaran televisen kini dan set wayang pada akhir tempoh Edo atau lebih awal.

Yang berikut adalah senarai nama tradisi (nama bulan, dengan sebutan dan maksud harfiah)

  • Januari Mutsuki
  • Februari Kisaragi - 如月
  • Mac Yayoi - 弥生
  • April Uzuki - 卯月
  • Mei Satsuki - 皐月
  • Jun Minatsuki atau Minazuki - 水無月
  • Julai Fumizuki (bulan buku) - 文月
  • Ogos Hazuki (bulan daun) - 葉月
  • September Nagatsuki (bulan panjang) - 長月
  • Oktober Kannazuki atau Kaminazuki (bulan tiada dewa) - 神無月, Kamiarizuki (bulan dewa) bagi negeri Izumo yang mempercayai bahawa semua dewa berkumpul pada bulan ini untuk mesyuarat tahunan mereka di Tempat Keramat Izumo.
  • November Shimotsuki (bulan fros) - 霜月
  • Disember Shiwasu (bulan guru sibuk) - 師走 kerana para guru sibuk pada akhir tahun.

Nama hari dalam sebulan

Setiap hari dalam bulan mempunyai nama separa sistematik yang mempunyai bentuk yang tidak tetap:


1tsuitachi 2futsuka
3mikka 4yokka
5itsuka 6muika
7nanoka 8yōka
9kokonoka 10tōka
11jūichinichi 12jūninichi
13jūsannichi 14jūyokka
15jūgonichi 16jūrokunichi
17jūshichinichi 18jūhachinichi
19jūkunichi 20 hatsuka
(selalunya, nijūnichi)
21nijūichinichi
22nijūninichi 23nijūsannichi
24nijūyokka 25nijūgonichi
26nijūrokunichi 27nijūshichinichi
28nijūhachinichi 29nijūkunichi
30sanjūnichi 31sanjūichinichi


Dalam takwim tradisional, hari ketiga puluh merupakan hari terakhir bulan, dan nama tradisionalnya, iaitu misoka, masih wujud (walaupun sanjunichi lebih biasa digunakan, dan merupakan istilah biasa). Hari terakhir untuk tahun ialah ōmisoka (hari ketiga puluh yang besar), dan kekata itu masih digunakan hingga kini.

Nama hari dalam seminggu

getsuyōbibulanIsnin
kayōbiapiSelasa
suiyōbiairRabu
mokuyōbikayuKhamis
kinyōbiemasJumaat
doyōbitanahSabtu
nichiyōbimatahariAhad

Hari-hari cuti

Nota: Hari yang berada di pertengahan dua hari cuti umum dijadikan hari cuti dan dipanggil "Cuti Bank". Hari berkenaan jatuh pada 4 Mei dan merupakan hari cuti umum pada setiap tahun. Apabila hari cuti jatuh pada hari Ahad, hari yang berikutnya juga menjadi hari cuti.


Maklumat lanjut Tarikh, Nama perayaan dalam bahasa Melayu ...
Tarikh Nama perayaan dalam bahasa Melayu Nama perayaan dalam bahasa tempatan Penjelasan
1 Januari Tahun Baru Terdapat tradisi kunjungan pertama ke kuil (hatsumode)
Hari Isnin kedua dalam bulan Januari Hari Kedewasaan Upacara bernama Seijin shiki diadakan di seluruh Jepun bagi menyambut penduduk yang mencapai usia 20 tahun.
11 Februari Hari Penubuhan Negara Hari untuk memperingati pertabalan maharaja Jepun yang pertama
20 Mac atau 21 Mac Hari Ekuinoks Musim Bunga Hari untuk menziarahi pusara atau kubur
29 April Hari Showa* Hari untuk memperingati Maharaja Showa
3 Mei Hari Peringatan Perlembagaan* Hari bermulanya perlembagaan Jepun
4 Mei Hari Kehijauan* 緑の日 Hari untuk menghargai tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar
5 Mei Hari Kanak-kanak* Hari untuk menghargai kanak-kanak
Hari Isnin ketiga dalam bulan Julai Hari Laut Hari untuk menghargai lautan
Hari Isnin ketiga dalam bulan September Hari Menghormati Warga Tua Hari bagi menghormati dan menghargai warga emas
23 September atau 24 September Hari Ekuinoks Musim Luruh Hari untuk menziarahi pusara atau kubur
Hari Isnin kedua dalam bulan Oktober Hari Sukan dan Kesihatan Hari bagi memperingati pembukaan Sukan Olimpik di Tokyo
3 November Hari Kebudayaan Hari untuk memperkenalkan kebudayaan Jepun. Sebelum itu, hari itu disambut bagi memperingati hari keputeraan Maharaja Meiji
23 November Hari Kesyukuran Buruh Hari untuk berterima kasih kepada kaum pekerja atau buruh
23 Disember Hari Keputeraan Maharaja Merupakan hari bagi ulang tahun keputeraan maharaja Jepun yang sekarang
Tutup

Perayaan bermusim

Yang berikut dikenali sebagai lima perayaan bermusim (sekku )

Rokuyō

Rokuyō merupakan siri enam hari yang digunakan untuk menelah kebaikan atau keburukkan sesuatu hari. Ia masih terdapat di kalendar Jepun dan sering digunakan untuk merancang tarikh upacara perkahwinan dan pengebumian. Rokuyō yang juga dikenali sebagai rokki adalah seperti yang berikut (menurut aturan):

  • senshō - Mendapat tuah sebelum tengah hari, bernasib buruk selepas tengah hari
  • tomobiki - Perkara yang tidak baik akan berlaku pada kawan anda. Upacara pengebumian harus dielakkan.
  • senbu - Bernasib buruk sebelum tengah gari, mendapat tuah selepas tengah gari
  • butsumetsu - Hari yang buruk. Upacara perkahwinan harus dielakkan.
  • taian - Hari penuh tuah yang merupakan hari yang baik untuk upacara perkahwinan.
  • shakkō - Waktu 11 pagi hingga 1 petang membawa tuah. Selepas waktu itu, nasib tidak begitu baik.

Lihat juga

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.