Kabinet Pembangunan VII
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kabinet Pembangunan VII ialah kabinet Indonesia terakhir yang dibentuk oleh Presiden Suharto. Tempoh pemerintahan kabinet ini adalah yang paling singkat dalam sejarah Republik Indonesia, iaitu antara Januari 1998 dan 21 Mei 1998.
Walaupun tempoh pemerintahan kabinet ini seharusnya berakhir pada tahun 2003, namun kerana berlakunya tunjuk-tunjuk perasaan mahasiswa dan rusuhan-rusuhan secara besar-besaran pada tahun 1998, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda Indonesia, Presiden Suharto terpaksa meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998 dan dilantiknya Baharuddin Jusuf Habibie, timbalannya, sebagai presiden dalam keadaan darurat. Jurustera itu, Kabinet Pembangunan VII dibubarkan dan digantikan dengan Kabinet Reformasi Pembangunan.