From Wikipedia, the free encyclopedia
KRI Sigurot (864) merupakan sebuah kapal perang milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) dari kelas Sibarau. Ia dahulunya adalah HMAS Assail (P-89) sebuah kapal peronda Kelas Attack milik Tentera Laut Diraja Australia (RAN).[2] KRI Sigurot memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Sigurot dibina oleh Evans Deakin, Ltd., Australia. Ia dilancarkan pada 1968.
HMAS Assail (kedua dari kiri) bersama tiga buah kapal peronda kelas Attack yang lain | |
Sejarah | |
---|---|
Australia (RAN) | |
Pembina: | Evans Deakin and Company |
Dilancarkan: | 18 November 1967 |
Ditauliah: | 21 Julai 1968 |
Dibersarakan: | 18 Oktober 1985 |
Moto: | "Cut Deep" |
Takdir: | Dijual kepada Indonesia |
Lencana: | Fail:HMAS Assail.png |
Sejarah | |
Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut | |
Nama: | KRI Sigurot |
Status: | Aktif setakat 2008 |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal peronda kelas Attack |
Sesaran: |
|
Panjang: | 107.5 kaki (32.8 m) |
Lunas: | 20 kaki (6.1 m) |
Draught: | 7.3 kaki (2.2 m) pada muatan penuh |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 24 knot (44 km/j) |
Anak kapal: | 3 pegawai, 16 kelasi |
Persenjataan: |
|
Nota: | Data diambil dari:[1] |
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Sibarau, KRI Siliman, KRI Sigalu, KRI Silea, KRI Siribua, KRI Siada dan KRI Sikuda. KRI Sigurot mempunyai 22 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Sigurot dilengkapi untuk misi pertempuran permukaan ke permukaan di laut.
Kapal KRI Sigurot sepanjang 32.76 m; 6.2 meter * 1.9 meter ( 107.5 kaki panjang * 20.3 kaki * 6.2 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 21 batu nautikal. KRI Sigurot mempunyai seseran 146 tan penuh atau 115 tan ketika kosong.
Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.
Dorongan: 2 diesel, 2 aci, 3,460 bhp, 21 knot Kapal KRI Sigurot mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 3,460 bhp secara berterusan dengan kelajuan bertempur 25 batu nautikal.
Senjata: 1x 40 mm, 2x 7.62 mm mesingan
Meriam utama bot peronda kelas Sibarau, KRI Sigurot yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam 40 mm dan mesingan 7.62 mm pelbagai kegunaan yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan bagi tugas rondaan.
Saat ini Pegawai Memerintah KRI Sigurot-864 adalah Mayor Laut (P) Ario Sasongko, Lulusan Indonesian Naval Academy tahun 1997
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.