KLD Tunas Samudera
From Wikipedia, the free encyclopedia
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.
Fakta Segera Gambaran keseluruhan kelas, Ciri-ciri umum ...
Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Jumlah disiapkan: | 1 |
Jumlah aktif: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal layar |
Sesaran: | 239 tan |
Panjang: | 35 m |
Lunas: | 7.8 m |
Jana kuasa: | 2x enjin diesel Perkins |
Halaju: | 9 knot |
Sistem penderia dan pemprosesan: | Radar navigasi Racal Decca |
Tutup