From Wikipedia, the free encyclopedia
K2 Black Panther (Hangul: K2 '흑표', hanja: K2 '黒豹') merupakan sebuah kereta kebal utama termaju yang akan mengantikan kereta kebal M48A5K Patton dan akan digandingkan dengan kereta kebal siri-siri K1 yang kini sedang digunakan oleh Republik Korea. Ia kini sedang dikeluarkan dalam skala penuh. K2 merupakan kereta kebal termahal di dunia, yang kini dianggarkan bernilai kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea Selatan, atau kira-kira AS$8.5 juta se unit, mengatasi kereta kebal Type 90 buatan Jepun, yang bernilai kira-kira AS$7.4 juta setakat tahun 2008.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kos perolehan bagi seunit kereta kebal K2 kini adalah kira-kira ₩8.3 bilion Won Korea, atau sekitar AS$8.5 juta, menjadikan ianya sebagai sebuah kereta kebal utama termahal sehingga kini, mengatasi kereta kebal buatan Jepun, Type 90, yang mana berharga kira-kira AS$7.4 juta sebuah pada tahun 2008. Harga ini hampir dua kali ganda harga bagi K1A1, yang dinilai berharga ₩4.5 bilion se unit, atau kira-kira AS$4.9 juta.
Walau bagaimanapun, harus diingatkan kos pembuatan untuk K2 akan menurun setelah kereta kebal ini dikeluarkan secara besar-besaran dan ditawarkan untuk dijual di peringkat antarabangsa.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.