Perdana Menteri Kanada ke-23 From Wikipedia, the free encyclopedia
Justin Pierre James Trudeau PC MP (lahir 25 Disember 1971) merupakan Perdana Menteri Kanada ke-23 dan juga Ketua Parti Liberal.[1][2] Beliau merupakan perdana menteri Kanada kedua termuda selepas Joe Clark, bahkan sebagai anak sulung bekas Perdana Menteri Pierre Trudeau, beliau juga merupakan anak kepada perdana menteri terdahulu yang pertama untuk menyandang jawatan tersebut.[3][4]
The Right Honourable Justin Trudeau PC MP | |
---|---|
Perdana Menteri Kanada ke-23 | |
Memegang jawatan 4 November 2015 | |
Raja | Elizabeth II Charles III |
Gabenor Jeneral | David Johnston Mary Simon |
Didahului oleh | Stephen Harper |
Menteri Hal-Ehwal Antara Kerajaan dan Belia | |
Memegang jawatan 4 November 2015 | |
Didahului oleh | Denis Lebel |
Ketua Parti Liberal | |
Memegang jawatan 14 April 2013 | |
Didahului oleh | Bob Rae (interim) |
Anggota Parlimen Kanada untuk Papineau | |
Memegang jawatan 14 Oktober 2008 | |
Didahului oleh | Vivian Barbot |
Butiran peribadi | |
Lahir | Justin Pierre James Trudeau 25 Disember 1971 Ottawa, Ontario, Kanada |
Parti politik | Liberal |
Pasangan | Sophie Grégoire (k. 2005) |
Anak-anak | Xavier Ella-Grace Margaret Hadrien |
Ibu bapa | Pierre Trudeau (bapa) Margaret Sinclair (ibu) |
Hubungan | Alexandre Trudeau (adik) Michel Trudeau (adik) James Sinclair (datuk) Charles-Émile Trudeau (datuk) |
Kediaman | Rideau Cottage (1 Sussex Drive) |
Alma mater | Universiti McGill (B.A.) Universiti British Columbia (B.Ed.) Universiti Montreal (dihadiri) |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Official website Personal website |
Trudeau lahir di Ottawa dan menghadiri Collège Jean-de-Brébeuf. Beliau menerima ijazah BA dalam kesusasteraan Inggeris dari Universiti McGill pada 1994 dan BEd dari Universiti British Columbia pada 1998. Beliau menjadi terkenal di khalayak ramai ketika pembacaan belasungkawa untuk mendiang bapanya pada Oktober 2000.[5]
Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai guru di Vancouver, mengkaji kejuruteraan, dan mengejar ijazah sarjana dalam Geografi Persekitaran. Beliau juga menggunakan kenamaannya untuk terlibat dalam beberapa kegiatan aktivisme tertentu, termasuk berlakon dalam siri TV The Great War pada tahun 2007.[6]
Dalam pertemuan penuh nostalgia pada tahun 1982, Justin Trudeau pada usia 11 tahun dibawa bapanya, Perdana Menteri Kanada ketika itu, Pièrre Elliot Trudeau bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. Sempena hari ulang tahun Mahathir pada 10 Julai 2018, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Julia Bentley menghadiahkan kepada Mahathir foto pertemuan bersejarah itu yang menunjukkan Trudeau bersalam dengan Mahathir.[7][8]
Setelah mendalami politik ekoran pemergian bapanya, Trudeau terpilih pada pilihan raya umum 2008 untuk mewakili Papineau di House of Commons.
Pada 2009, beliau dilantik sebagai pengkritik Kementerian Belia dan Kepelbagaian Budaya bagi pihak pembangkang dan pada tahun berikutnya menjadi pengkritik Kewarganegaraan dan Imigresen. Pada 2011 pula beliau dilantik sebagai pengkritik Pendidikan Menengah dan Belia dan Sukan Amatur. Trudeau memenangi jawatan ketua Parti Liberal pada April 2013, kemudian memimpin partinya ke arah kemenangan di pilihan raya umum Kanada 2015, yang melonjakkan Liberal dari tempat ketiga dengan 36 kerusi kepada 184 kerusi, iaitu peningkatan kerusi terbesar oleh sesebuah parti dalam sejarah pilihan raya Kanada.
Pada 17 November 2018, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad bertemu pada mesyuarat dua hala di Stanley Hotel, Port Moresby, Papua New Guinea bagi membincangkan mengenai hubungan sosio-ekonomi antara kedua-dua negara selama setengah jam.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.