Juara atau Perseus, dinamai sempena wira mitologi Yunani, Perseus, ialah sebuah buruj di langit utara. Buruj ini merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan merupakan antara 88 buah buruj moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU). Buruj ini terletak di hemisfera samawi utara dekat dengan beberapa buah buruj lain yang dinamai sempena legenda yang mengelilingi Perseus, termasuk Andromeda (Puteri Terantai) ke barat dan Cassiopeia (Ratu Kerusi) ke utara. Perseus juga disempadani oleh Aries (Biri-biri) dan Taurus (Lembu Jantan) ke selatan, Auriga (Pembawa Gentala) ke timur, Camelopardalis (Zirafah) ke utara, dan Triangulum (Segi Tiga) ke barat.

Fakta Segera Perseus, Nama Latin ...
Perseus
Buruj
Thumb
Nama LatinPerseus
SingkatanPer
GenitifPersei
Sebutan/perseus/;
genitif /persei/
SimbolismePerseus
Pencerapan
(Epok J2000)
3
Keserongan+45
SukuanNQ1
KeluargaPerseus
Keluasan615 darjah persegi (ke-24)
Bintang
Bintang utama19
Bintang Bayer/Flamsteed
65
Bintang dengan planet
7
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
α Per (Mirfak) (1.79m)
Bintang terhampirG 174-14
(33.62 tc, 10.31 pc)
Objek
Objek Messier2
Pancuran meteor
Pancuran Juara
Pancuran Juara September
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −35°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Disember.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Tutup

Satah galaksi Bimasakti melalui Perseus tetapi kebanyakannya dikaburkan oleh awan molekul. Bintang tercerah buruj ini ialah bintang raksasa super kuning-putih Alpha Persei (juga dipanggil Mirfak), yang bersinar pada magnitud 1.79. Bintang ini dan banyak bintang di sekeliling merupakan anggota gugusan terbuka yang dikenali sebagai Gugusan Alpha Persei. Bintang yang paling dikenali, walau bagaimanapun, ialah Algol (Beta Persei), terkait dengan legenda sukar kerana kebolehubahannya, yang boleh diperhatikan dengan mata kasar. Bukan bintang berubah secara intrinsik, bintang ini merupakan bintang dedua gerhana. Sistem bintang ketara lain dalam Perseus termasuklah X Persei, suatu sistem bintang dedua yang mengandungi sebuah bintang neutron, dan GK Persei, sebuah nova yang memuncak pada magnitud 0.2 pada 1901. Gugusan Berganda Dua, terdiri daripada dua gugusan terbuka yang agak dekat dengan satu sama lain di langit, dikenali oleh orang Cina purba. Buruj ini memberi namanya kepada Gugusan Perseus (Abell 426), sebuah gugusan galaksi masif yang terletak sejauh 250 tahun cahaya dari Bumi. Buruj ini merumahkan sinaran pancuran meteor Juara tahunan—salah satu pancuran meteor paling prominen di langit.

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.