ahli politik Indonesia dan Timor Timur (1947-2007) From Wikipedia, the free encyclopedia
José Abílio Osório Soares (2 Jun 1947 - 17 Jun 2007) ialah seorang ahli politik Indonesia. Beliau merupakan gabenor/gubernur terakhir provinsi Indonesia di Timor Timur sebelum kemerdekaan negara itu.
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
José Abílio Osório Soares | |
---|---|
Gubenur Timor Timur dibawah pendudukan Indonesia | |
Dalam jawatan 18 September 1992 – 25 Oktober 1999 | |
Presiden | Suharto B.J. Habibie |
Didahului oleh | Mário Viegas Carrascalão |
Digantikan oleh | Sérgio Vieira de Mello (sebagai Wakil Khas Setiausaha Agung Timor Timur) |
Butiran peribadi | |
Lahir | José Abílio Osório Soares 2 Jun 1947 Vila Nova Ourique, Portugis Timor |
Meninggal dunia | 17 Jun 2007 60) Kota Kupang, Indonesia | (umur
Kerakyatan | Indonesia |
Pasangan | Maria Ângela Correia de Lemos Osório Soares |
Soares berkhidmat sebagai Gubernur Timor Timur antara tahun 1992 dan 1999. Beliau adalah tokoh yang penuh kontroversi dalam sejarah Timor Leste, beliau telah menjadi penyokong pemerintah Indonesia serta penggabungannya dan penggabungan wilayah itu ke dalam Indonesia. Begitu juga, beliau adalah lawan kepada gerakan pro-kemerdekaan yang akhirnya berjaya dalam proses kemerdekaan Timor Timur. Ramai orang Timor Leste menuduh Soares melakukan pencabulan hak asasi manusia dan kekejaman lain semasa berkuasa.
Soares meninggal dunia di Kupang akibat kanser pada 17 Jun 2007 setelah koma selama 4 hari. Walaupun ada bantahan dari orang Timor, beliau diberikan pengebumian pahlawan nasional oleh pemerintah Indonesia. Frans Lebu Raya, Wakil Gubernur Nusa Tenggara Timur meletakkan kalungan bunga yang dikirim oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang tidak secara pribadi menghadiri upacara pemakaman. Orang kenamaan penting lain yang menghadiri pengebumian itu termasuk beberapa tokoh yang kontroversi dari pendudukan Indonesia di Timor Timur, termasuk pesara Leftenan Jeneral Prabowo Subianto, pesara Mejar Jeneral Zacky Anwar Makarim, bekas timbalan ketua pegawai tentera Kiki Syanakri, dan Gubernur Papua Barat Abraham Octavianus Atururi.
Soares, yang berumur 60 tahun ketika kematian, meninggal seorang Maria Ângela Correia de Lemos Osório Soares dan empat orang anak mereka, serta ibunya yang berumur 86 tahun Beatriz Osório Soares. Semua ahli keluarga menghadiri pengkebumian.
Soares dikebumikan di Tanah Perkuburan Pahlawan Dharma Loka di Kupang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.