From Wikipedia, the free encyclopedia
Johor fc, merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang berada di selatan tanah air semenanjung Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim FC selepas pasukan ini diambilalih oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Fail:Kelantan FC.jpg | |||
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Johor FC | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Sang Lebah Orange | ||
Diasaskan | 1972 sebagai PKENJ F.C. | ||
Stadium | Stadium JCorp Pasir Gudang, Johor Bahru,Johor (Kapasiti: 15,000) | ||
Pengerusi | Ahmad Mohamad | ||
Pengurus | Wan Mohd Nizam Wan Omar | ||
Jurulatih | Devan A/L Kuppusamy / Sazali Saoidon | ||
Liga | Liga Super Malaysia | ||
2012 | Ke-4 | ||
|
Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.
Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Dinaikkan pangkat untuk bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003. Johor FC menjadi antara pasukan kelab terhebat di Malaysia yang menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2008.
Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Kesemua mereka merupakan bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).
Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka antaranya:
Sementara itu, Raul Carizzo jurulatih yang berasal dari Australia merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor (Johor FA).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.