John Lennon
Penyanyi dan penulis lagu Inggeris, ahli pengasas The Beatles / From Wikipedia, the free encyclopedia
John Winston Ono Lennon, MBE (9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan aktivis keamanan Inggeris. Beliau paling dikenali sebagai penyanyi kedua, pengasas dan ketua The Beatles, sebuah kumpulan muzik yang bersama dengan Paul McCartney, merupakan perkongsian penulisan lagu Lennon-McCartney yang amat berjaya sepanjang 1960-an.
John Lennon | |
---|---|
Kelahiran | John Winston Lennon (1940-10-09)9 Oktober 1940 |
Meninggal dunia | 8 Disember 1980(1980-12-08) (umur 40) |
Sebab kematian | Pembunuhan oleh tembakan |
Dikebumikan | Abu mayat dibuang di Central Park, New York |
Warganegara | England |
Nama lain | John Winston Ono Lennon |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 1956–1980 |
Pasangan | Cynthia Powell (1962–1968) Yoko Ono (1969–1980; kematiannya) |
Anak-anak | Julian Lennon Sean Lennon |
Ibu bapa | Alfred Lennon Julia Stanley |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Alat muzik terkenal | |
| |
Tandatangan | |
Penulisan lagu Lennon penuh dengan kepedihan dan harapan, dengan melodinya kekadang indah dan kekadang muram. Lirik Lennon membayangkan peristiwa-peristiwa semasa serta tekanan peribadi dan kerjayanya, pandangan falsafah, dan ketakselesaannya dengan kemashyuran. Beliau dan McCartney mempopularkan penggunaan kesan-kesan eletronik dalam muzik rock, dan membuka jalan untuk berbagai-bagai bentuk rock yang lebih keras pada dekad 1970-an dan 1980-an.
Dalam rancangan-rancangan televisyen dan filem-filemnya seperti A Hard Day's Night (1964), serta melalui persidangan akhbar dan wawancara, Lennon sering mendedahkan sifat yang melawan, khususnya terhadap kepercayaan yang sudah mantap dan institusi yang sudah bertapak, serta kepintarannya yang bersifat tidak hormat. Beliau menyalurkan kemashyuran dan kecenderungan perbalahannya kepada kerjanya sebagai penindak cergas keamanan, pelukis, dan penulis.