![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/19/2021_Jo%25C5%25A1ko_Gvardiol_2_%2528cropped%2529.jpg/640px-2021_Jo%25C5%25A1ko_Gvardiol_2_%2528cropped%2529.jpg&w=640&q=50)
Joško Gvardiol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Joško Gvardiol (hr;[4][5] lahir 23 Januari 2002) ialah pemain bola sepak profesional Croatia yang kini beraksi sebagai bek tengah untuk kelab Manchester City dan pasukan kebangsaan Croatia. Walaupun beliau lebih kepada posisi bek tengah, beliau juga boleh beraksi sebagai bek kiri. Gvardiol dikenali sebagai pemain yang memiliki aspek fizikal dan posisi yang baik serta menjadi prospek paling menarik perhatian dalam kalangan generasinya.[6][7]
![]() Gvardiol beraksi untuk RB Leipzig pada tahun 2021 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Joško Gvardiol[1] | ||
Tarikh lahir | (2002-01-23) 23 Januari 2002 (umur 22)[2] | ||
Tempat lahir | Zagreb, Croatia | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 1 in)[3] | ||
Posisi permainan | Bek tengah, Bek kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Manchester City | ||
Nombor | 24 | ||
Kerjaya remaja | |||
2009–2010 | Trešnjevka | ||
2010–2019 | Dinamo Zagreb | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2019–2020 | Dinamo Zagreb II | 4 | (0) |
2019–2020 | Dinamo Zagreb | 13 | (1) |
2020–2023 | RB Leipzig | 59 | (3) |
2020–2021 | → Dinamo Zagreb (pinjam) | 23 | (2) |
2023– | Manchester City | 3 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2016 | Croatia B14 | 3 | (1) |
2018 | Croatia B16 | 3 | (0) |
2018–2019 | Croatia B17 | 8 | (2) |
2019 | Croatia B19 | 5 | (0) |
2019–2021 | Croatia B21 | 6 | (1) |
2021– | Croatia | 23 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:00, 27 Ogos 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 00:53, 12 September 2023 (UTC) |
Sebagai bintang remaja Dinamo Zagreb, beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk kelab itu pada tahun 2019 sebelum berjaya meraih dua gelaran liga dan satu trofi Piala Croatia. Beliau seterusnya berpindah ke kelab Bundesliga, Leipzig pada tahun 2021 dan merangkul dua trofi DFB-Pokal. Beliau akhirnya berpindah ke Manchester City pada tahun 2023 dengan nilai perpindahan sebanyak 77 juta euro sekali gus menjadikan beliau sebagai pemain pertahanan kedua termahal dalam sejarah.
Sebagai pemain belia antarabangsa Croatia, beliau berjaya melakukan kemunculan sulungnya untuk skuad senior pad tahun 2021 dan mewakilinya ke kejohanan Euro 2020 dan menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA 2022.