![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2f/JimmyKimmelHWOFJan2013.jpg/640px-JimmyKimmelHWOFJan2013.jpg&w=640&q=50)
Jimmy Kimmel
From Wikipedia, the free encyclopedia
James Christian Kimmel (lahir 13 November 1967) yang dikenali sebagai Jimmy Kimmel ialah pengacara televisyen, penerbit, penulis, pelawak dan pelakon suara Amerika. Beliau adalah pengacara dan penerbit eksekutif Jimmy Kimmel Live!, rancangan bual bicara lewat malam itu ditayangkan di ABC pada tahun 2003. Kimmel menjadi pengacara waktu perdana Anugerah Emmy pada tahun 2012 dan 2016. Beliau menjadi pengacara Anugerah Akademi pada bulan Februari 2017.
Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Jimmy Kimmel | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | James Christian Kimmel (1967-11-13) 13 November 1967 (umur 56) Brooklyn, New York, Amerika Syarikat |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan | Pengacara TV Penerbit Penulis |
Tahun aktif | 1989 - kini |
Karya terkenal | Pengacara Jimmy Kimmel Live! (ABC) |
Tutup
Sebelum menjadi pengacara Jimmy Kimmel Live!, beliau terkenal sebagai seorang pengacara bersama untuk Comedy Central's The Man Show dan Win Ben Stein's Money. Kimmel juga telah menghasilkan rancangan seperti Crank Yankers, Sport Show with Norm Macdonald dan The Andy Milonakis Show.