Jelapang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jelapang yang terletak di daerah Kinta merupakan bandar satelit bagi bandar raya Ipoh, Perak. Jelapang menjadi pelengkap bagi bandar Ipoh yang semakin berkembang. Antara tempat yang berdekatan dengan Jelapang ialah Meru, Sungai Rokam, Pekan Razaki, Tasek, Kampung Tawas dan lain-lain.
Jelapang bermaksud rumah tempat simpanan padi atau kepuk. Namun Jelapang bukanlah kawasan sawah padi dan tidak pernah ditanam dengan padi kerana kawasan ini agak tinggi dengan tanah jenis laterit.