Jayakatwang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jayakatwang (mati 1293) adalah seorang raja dari Kerajaan Kediri di Jawa, selepas menggulingkan Kertanegara, raja terakhir Singhasari. Beliau akhirnya dikalahkan oleh Raden Wijaya, menantu Kertanegara dengan menggunakan pasukan Mongol yang menyerang Jawa. Raden Wijaya kemudian menentang Mongol dan mengasaskan Majapahit, empayar terbesar di Jawa.