![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a6/Coat_of_arms_of_Egypt_%2528Official%2529.svg/langms-640px-Coat_of_arms_of_Egypt_%2528Official%2529.svg.png&w=640&q=50)
Jata negara Mesir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jata negara Mesir terdiri daripada suatu bentuk helang; ia diperkenalkan semasa Revolusi Mesir 1952 yang membentuk suatu pemerintahan republik di negara tersebut. Ia menerapkan suatu lambang yang dipakai pada panji Salahuddin al-Ayyubi semasa dinasti kerajaannya.
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a6/Coat_of_arms_of_Egypt_%28Official%29.svg/320px-Coat_of_arms_of_Egypt_%28Official%29.svg.png)
Helang ini menampakkan warna-warna bendera Mesir secara menegak dalam suatu perisai, manakala kuku-kuku tajam helang mencengkam nama rasmi negara tersebut dalam Bahasa Arab iaitu "Republik Arab Mesir" (جمهورية مصر العربية Jumhūriyyat Miṣr al-ʿArabiyyah).