Lambang Negara Thai (Bahasa Thai: ตราแผ่นดินของไทย ) atau juga dikenali sebagai Phra Khrut Pha (พระครุฑพ่าห์ "Garuda Tunggangan") terdiri daripada seekor burung mitos yang berbadan dan berkepala manusia dan mempunyai kepak dan kuku burung helang. Ia lambang kebangsaan Thai dan oleh itu dipamerkan dan diperlakukan dengan cara yang hormat. Hanya perniagaan-perniagaan besar dan berpengaruh diberi izin oleh kerajaan Thai untuk mempamerkan lambang Phya-Khrut di hadapan bangunan mereka.
Burung Geroda ini telah digunakan dengan secara rasmi oleh Raja Vajiravudh (Rama VI) pada tahun 1911.
Perlambangan
Burung Garuda merupakan haiwan tunggangan (wahana) dewa Wisnu[1] sehingga dijadikan orang setianya sepertimana yang diceritakan dalam hikayat Mahabharata;[2]:37-38[3] ia juga diceritakan terkenal kerana kekuatannya yang luar biasa.[2]:25 Wisnu dipercayai sebagai antara jelmaan atau "awatara" Narayana yang turut termasuk Rama; maka pengaitan wahana ini dengan dewa Wisnu mendorong kepada penggunaan bayangan Garuda sebagai perlambangan kuasa diraja Raja Thailand.[2]:52
Pemilihan burung ini mula muncul dalam perekaan mohor diraja atas cadangan titah Raja Chulalongkorn kepada Putera Narisara Nuwattiwong, di mana putera tersebut mula melakarkan suatu mohor berdasarkan rekaan sedia ada dari zaman Ayutthaya.[2]:52[4][5] Ia diterima baginda raja setelah beberapa olahan dilakukan dari maklum balas titah baginda.
dengan Garuda sahaja. |
Raja Vajiravudh merasmikan mohor ini sebagai satu-satunya lambang takhtanya pada tahun 1910 lagi-lagi dengan suatu Akta Mohor Negara yang termaktub dilaksanakan setahun kemudian.[2]:53[6]
Spesifikasi
Jata ini mempunyai pelbagai butiran yang sedikit berbeza mengikut pengunaan:
surat rasmi dan geran tanah. |
Rujukan
Wikiwand in your browser!
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.