From Wikipedia, the free encyclopedia
Jason Thomas Mraz (lahir 23 Jun, 1977) ialah seorang penyanyi dan penggubah dari Virginia, Amerika Syarikat.
| |||
Asal | Virginia, Amerika Syarikat | ||
Aktif | 2001 - kini | ||
Genre | Pop/Rock | ||
Label | Atlantis (2005- ) Elektra (2002-2005) | ||
Dia menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Rendah Chickahominy (gred 6-8) dan Sekolah Tinggi Lee Davis (gred 9-12). Nama terakhirnya dalam Bahasa Czech bermaksud "dingin". Dia tidak begitu aktif dalam muzik sehinggalah dia berusia 18 tahun. Selepas belajar seketika di Akademi Muzik dan Drama Amerika di New York, dia berpindah ke San Diego, California. Di sana dia menjadi terkenal di kelab-kelab malam California, dengan bermain bersama-sama dengan Toca Rivera dan abangnya Carlos Olmeda. Dia berkahwin dengan seorang wanita bernama Sheridan tetapi perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Mraz paling popular di Amerika Syarikat, Jepun, dan Australia.
Suaranya yang lunak dan sedap serta lirik lagunya yang sedap didengar dengan pantas membuatkan Mraz popular. Ia bermula pada tahun 2003 apabila single pertamanya "The Remedy (I Won't Worry)," mulai mendapat sambutan dikalangan peminat dan lagu itu sering kedengaran di radio. Lagu itu melonjakkan penjualan album Waiting for My Rocket to Come, yang mendapat anugerah paltinum.
Pengaruh yang dibawa Mraz semakin bertambah. Muzik nyanyiannya menggabungkan irama pop, rock, jazz, irama country, dan juga hip hop.
Mraz baru-baru ini mengadakan promosi seluruh Amerika Syarikat bersama-sama dengan Alanis Morissette dan Kumpulan Rolling Stones. Album dia yang seterusnya terus mendapat sambutan menggalakkan dan terjual hampir 90,000 buah dalam minggu pertamanya sahaja. Album itu kemudiannya mendapat pencalonan dalam Anugerah Grammy untuk kategori Penghasilan Album Terbaik.
Pada bulan Januari 2006 dia mengadakan dua konsert dia Manila, Filipina untuk mempromosikan albumnya, Mr. A-Z.
Dalam tahun 2006, dia menjelajah U.K. bersama-sama dengan James Blunt.
Dalam bulan Mac 2006 dia menjelajah Australia untuk mempromosikan albumnya. Sementara di Melbourne dia mengadakan persembahan selama dua malam berturut-turut. Tiket persembahan itu habis dijual.
Lagu - Billboard (Amerika Utara)
Tahun | Lagu | Carta | Posisi |
---|---|---|---|
2003 | "The Remedy (I Won't Worry)" | Top 40 | 4 |
2003 | "The Remedy (I Won't Worry)" | The Billboard Hot 100 | 15 |
2003 | "The Remedy (I Won't Worry)" | Top 40 Mainstream | 7 |
2003 | "The Remedy (I Won't Worry)" | Top 40 Tracks | 7 |
2004 | "Curbside Prophet" | Adult Top 40 | 23 |
2004 | "You and I Both" | Adult Top 40 | 15 |
2004 | "You and I Both" | Top 40 Mainstream | 37 |
2004 | "The Remedy (I Won't Worry)" | Top 40 Adult Recurrents | 1 |
Tahun | Anugerah |
---|---|
2002 | Anugerah Muzik San Diego menang Akustik Terbaik |
2003 | Anugerah Muzik San Diego menang Penyanyi Tahunan |
2003 | Anugerah Muzik San Diego menang Lagu Sepanjang Tahun |
2005 | Anugerah Grammy dicalonkan untuk Penghasilan Album Terbaik, Buka Klasik untuk Mr. A-Z |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.