jalan raya dan kejiranan di Kuala Lumpur, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Jalan Petaling atau lebih dikenali dengan panggilan Petaling Street merupakan kawasan penempatan kaum Cina (Pekan Cina) di Malaysia semasa zaman kolonial British. Selama bertahun-tahun lamanya Jalan Petaling telah menjadi tempat perniagaan dan mengekalkan tradisi dan budaya masyarakat Cina di Malaysia, dengan kuil-kuil Buddha dan kedai-kedai menjual barang-barang sembahyang, ubat-ubatan tradisional dan restoran-restoran Cina. Pada awal petang sehingga lewat malam, para penjaja akan menjual barangan-barangan mereka di gerai-gerai.
Lokasi ini terkenal dengan penjualan barangan-barangan tiruan - daripada barangan berjenama sehingga VCD/DVD cetak rompak. Kini ia dilengkapi dengan atap kanopi kalis hujan yang menutupi seluruh jalan dan gerbang yang dihiasi dengan naga-naga emas. Dengan struktur-struktur ini para pengunjung terlindung dari cuaca hujan dan panas dan lokasi ini tampak lebih menarik. Jaraknya yang dekat dengan Stesen LRT Pasar Seni juga memudahkan para pengunjung dan pelancong untuk melawat.
Jalan Petaling juga terkenal akan lambakan pub, restoran dan gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai juadah dan makanan, antaranya mi Hokkien, ikan bakar, asam laksa dan mi kari.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.