From Wikipedia, the free encyclopedia
Isyarat asap ialah kepulan asap yang naik ke langit pada sela masa tertentu dan mempunyai maksud tertentu. Ia merupakan bentuk terawal komunikasi jarak jauh dalam sejarah bertulis.
Dalam sejarah Cina purba, para tentera di Tembok Besar menghantar isyarat-isyarat asap di menara mereka untuk memberi amaran kedatangan dan ancaman musuh.[1][2] Warna asap menentukan saiz bala tentera musuh yang mendatang.[1] Dengan membina menara asap dalam jarak yang tetap, dengan tentera diletakkan di setiap menara, mesej isyarat asap dapat disampaikan di sepanjang tembok.[1] Isyarat asap juga dapat member amaran kepada pihak istana, dan oleh itu, dapat membentuk strategi ketenteraan.[2]
Di Sri Lanka purba, para tentera diletakkan di puncak gunung dan memberi isyarat amaran kedatangan musuh sesama mereka dari puncak ke puncak. Dengan ini, mesej dapat dihantar ke pihak raja dalam beberapa jam.[3]
Kini, isyarat asap masih digunakan dalam kes seperti pemilihan Paus baharu; para kardinal (pembesar Katolik darjat tinggi) menjalani undian sulit sehingga seseorang memperoleh undian sekurang-kurangnya majoriti dua per tiga tambah satu. Kertas undian kemudiannya dibakar selepas undian dibuat. Asap hitam menandakan undian yang gagal, tetapi asap putih menandakan Paus baharu berjaya dilantik.[5] Selain itu, isyarat asap masih digunakan dalam bidang ketenteraan serta sebagai isyarat untuk memohon pertolongan.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.