Istana kota Damsyik
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istana kota Damsyik (Bahasa Arab: قلعة دمشق; translit.: Qalʿat Dimašq) adalah sebuah istana dan kubu kota zaman pertengahan yang besar di Damsyik, Syria. Ia adalah sebahagian daripada Kota Purba Damsyik, yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979.
Istana kota Damsyik | |
---|---|
قلعة دمشقcode: ar is deprecated | |
Damsyik, Syria | |
Koordinat | 33.511667°N 36.301944°E / 33.511667; 36.301944 |
Jenis | Istana kota |
Maklumat tapak | |
Pemilik | Direktorat Benda Purba dan Muzium (DGAM) |
Dikawal oleh | Atsiz bin Uvak (1076–1078) Dinasti Saljuk (1078–1104) Dinasti Burid (1104–1154) Dinasti Zengid (1154–1174) Dinasti Ayubiyyah (1174–1260) Kesultanan Mamluk (1260–1516) Empayar Uthmaniyah (1516–1918) Mandat Perancis Syria (1920–1946) Republik Syria (1946–1958) Republik Arab Bersatu (1958–1961) Republik Arab Syria (1958–) |
Dibuka kepada orang awam | Ya |
Status | Separa musnah |
Sejarah tapak | |
Dibina | 1076–1078 dan 1203–1216 |
Dibina oleh | Atsiz bin Uvak dan Al-Adil I |
Diguna sejak | Sehingga 1986 |
Bahan | Batuan karbonat, basalt |
Perang | Pengepungan Damsyik (1148) Pengepungan oleh Kitbuqa (1260) Pengepungan oleh Tamerlane (1401) |
Maklumat garison | |
Komander terdahulu | Nur ad-Din Zangi Saladin Al-Adil I Baibars |
Lokasi terkini kubu kota tersebut pertama kali dikubukan pada tahun 1076 oleh hulubalang Turkmen Atsiz bin Uvak, walaupun ia dalah mungkin tetapi tidak membuktikan bahawa kubu kota itu berada di tempat itu pada zaman Yunani dan Rom. Selepas pembunuhan Atsiz, projek itu diselesaikan oleh pemerintah Saljuk, Tutush I. Amir-amir pada zaman Burid dan Zenqid yang seterusnya telah menjalankan pengubahsuaian dan menambah struktur-struktur baru padanya. Semasa tempoh itu, kubu kota dan bandar telah dikepung beberapa kali oleh tentera-tentera Salib dan Muslim. Pada 1174, kubu kota itu telah dirampas oleh Salahuddin al-Ayyubi, sultan Ayubiyyah Mesir, menjadikannya sebagai kediaman baginda dan bangunan pertahanan dan kediaman yang diubah suai.