Istana kota Caernarfon
From Wikipedia, the free encyclopedia
Istana kota Caernarfon terletak di Wales Utara, British. Ia mula dibina pada tahun 1283 dengan arahan Edward I dari England, dan kerja pembinaan berterusan selama lima puluh tahun, sungguhpun ia tidak pernah disiapkan seperti yang diimpikan oleh Edward. Kehebatan istana kota Caernarfon melambangkan keinginan Raja Edward I untuk menjadikannya sebagai tapak kuasa kerajaan Inggeris di Wales.
Istana kota Caernarfon | |
---|---|
Sebahagian dari Gwynedd, Wales | |
Caernarfon | |
Istana kota dari seberang Sungai Seiont | |
Koordinat | 53.139306°N 4.276889°W / 53.139306; -4.276889 |
Istana kota Caernarfon dibina dalam bentuk dua laman bertembok ("bailey"), yang bercantum untuk berbentuk nombor lapan yang tidak sekata, dan memasukkan tembok pertahanan bandar yang besar yang mengelilingi bandar Caernarfon. Bersambung dengan sembilan bahagian tembok pertahanan yang mengelilingi istana kota Caernarfon terdapat siri menara poligon, yang membezakan istana ini berbanding istana kota Edward di Wales yang lain. Di laman timur, atau Ward Dalam ("Upper Ward"), Menara Hitam terdiri dari dua tingkat bilik sepuluh sisi dan Pintu Pagar Ratu yang tidak disiapkan, dengan bilik pagar dibina tinggi. Kedua-dua Menara Timurlaut dan Menara Granary berbentuk segi lapan dan memiliki turet bertempur, tetapi satu hanya dua tingkat, sementara menara yang satu lagi memiliki empat tingkat.
Di laman luar, Menara Perigi memiliki perigi sedalam 15 meter (50 kaki) di bilik bawah tanah dan Menara Ratu (pada kurun ke-14 dikenali sebagai Menara Panji-panji), kini memuatkan muzium Fusilier Welch DiRaja. Tetapi menara yang paling hebat adalah Menara Helang, yang terletak di pinggir barat istana kota. Menara empat tingkat dengan sepuluh sisi dengan tiga turet dipuncaknya memiliki tiga tingkat bilik dengan satu bilik bawah tanah. Terdapat Pintu Raja bagi laluan ke bandar dari istana kota dan Menara Chamberlain di selatan. Apartmen tingkat bawah digunakan sebagai Bilik Bersalin Putera Charles ketika Perasmiannya sebagai Putera Wales pada tahun 1969. Kesemua menara bersambung dengan laluan dinding dalaman.