![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/48/Yamamoto-Isoroku.jpg/640px-Yamamoto-Isoroku.jpg&w=640&q=50)
Isoroku Yamamoto
Laksamana Tentera Laut Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Isoroku Yamamoto (山本 五十六code: ja is deprecated , Yamamoto Isoroku, 4 April 1884 – 18 April 1943) ialah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) dan merupakan Panglima Besar Armada Gabungan tentera laut bagi empat tahun pertama Perang Dunia II. Beliau secara umumnya dianggap panglima perang laut Jepun yang terhebat, dan antara pakar strategi tentera laut terbaik dalam sejarah.
Marsyal Laksamana Isoroku Yamamoto | |
---|---|
![]() Laksamana Isoroku Yamamoto pada Februari 1942 | |
Nama asal | 山本 五十六 |
Kelahiran | 4 April 1884 Nagaoka, Niigata, Empayar Jepun |
Meninggal dunia | 18 April 1943(1943-04-18) (umur 59) berhampiran Panguna, Pulau Bougainville, Papua New Guinea † |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1901–1943 |
Pangkat | ![]() ![]() |
Unit | Armada Gabungan |
Arahan | Isuzu, Akagi Kementerian Tentera Laut, Markas Udara Tentera Laut, Armada 1, Armada Gabungan, Divisyen Kapal Tempur Pertama |
Pertempuran |
|
Anugerah |
|
Yamamoto menyandang beberapa jawatan penting dalam Tentera Laut Imperial Jepun, dan melakukan banyak perubahan dan penyusunan semulanya, terutamanya dalam membangunkan penerbangan laut. Beliau adalah panglima besar pada tahun-tahun awal Perang Pasifik dan telah bertanggungjawab bagi pertempuran-pertempuran besar seperti Pearl Harbor dan Midway. Beliau terbunuh selepas pemecah kod Amerika mengenal pasti jadual penerbangannya dan pesawatnya ditembak jatuh. Kematiannya merupakan satu tamparan hebat buat tentera Jepun semasa Perang Dunia II.