From Wikipedia, the free encyclopedia
Inap-sarapan (Jawi:اينڤ-سارڤن; atau istilah Inggeris: B&B) ialah sebuah lojing kecil yang menawarkan perkhidmatan penginapan dan sarapan bagi yang ingin menginap semalaman dan lazimnya tidak menawarkan perkhidmatan dan makanan selain itu. Sejak 1980-an, makna istilah telah berkembang termasuk penginapan yang menggunakan konsep layan diri. Lazimnya, inap-sarapan adalah rumah persendirian yang mempunyai bilangan bilik tidak melebihi 10 buah dengan ruang yang dapat digunakan untuk tujuan komersil.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Secara amnya, tetamu akan ditempatkan di dalam bilik tidur persendirian dengan biulik mandinya sendiri, atau di dalam suite yang mempunyai bilik tidur dan bilik mandi. Sesetengah rumah mempunyai bilik persendirian tetapi bilik mandinya harus dikongsi dengan tetamu yang lain. Sarapan pula disaji sama ada di dalam bilik tidur, ruang makan atau di dapur tuan rumah itu sendiri.
Inap-sarapan dan rumah tamu lazimnya dioperasikan sebagai pendapatan sampingan tetapi terdapat juga yang menguruskannya sepenuh maa. Lazimnya, pemilik rumah sendiri yang menyediakan sarapan, membersihkan bilik, dsb. tetapi terdapat juga inap-sarapan yang menggaji pekerja untuk tujuan memasak atau membersih. Walaupun terdapat sebahagian inap-sarapan yang menggaji pekerja profesional, perkhidmatan ini lazimnya tidak lagi dikira inap-sarapan kerana melibatkan pengurusan profesional. Kategori ini sudah boleh dikira sebagai inapan pinggir atau motel.
Sesetengah inap-sarapan mempunyai strategi yang menarik. Inap-sarapan terapung menawarkan penginapan di dalam bot atau rumah bot.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.