Ieper (bahasa Perancis: Ypres) ialah sebuah perbandaran di Wilayah Flanders Barat di Belgium. Ia menjadi terkenal kerana menjadi lokasi beberapa pertempuran dalam Perang Dunia I. Sungguhpun Ieper merupakan satu-satunya nama rasmi dalam bahasa Belanda, nama bandar ini dalam bahasa Perancis, Ypres, lebih biasa digunakan dalam bahasa Inggeris kerana peranannya dalam Perang Dunia Pertama ketika hanya bahasa Perancis digunakan dalam dokumen rasmi Belgium, termasuk di atas pera. Perbandaran ini terdiri dari bandar Ypres dan perkampungan Boezinge, Brielen, Dikkebus, Elverdinge, Hollebeke, Sint-Jan, Vlamertinge, Voormezele, Zillebeke, dan Zuidschote. Keseluruhannya, ia merupakan penempatan bagi 35,087 orang pada Januari 2012 dan luas daerah 130,61 km².[1]

Thumb
Ieper, 2004

Semasa Perang Dunia Pertama, Ypres merupakan pusat pertempuran sengit yang berlarutan antara pasukan Jerman dan Berikat. Disebabkan pasukan British menghadapi masalah menyebut namanya semasa perang, mereka menggelarkannya sebagai bandar "Wipers."

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.