Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham
ahli sains Arab / From Wikipedia, the free encyclopedia
Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham (Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [4] Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah) merupakan ahli sains dan polymath Muslim,[5] yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[6][7][8][9][10][11] Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.
![]() | Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: permulaan terlalu panjang dan ada yang berisi lewah. (November 2020) |
Ibnu Haitham ابن الهيثم Alhazen | |
---|---|
![]() Gambaran Ibnu al-Haitham dalam kulit buku Selenographia karya Johannes Hevelius, 1647 | |
Kelahiran | (965-07-01)1 Julai 965 M[1](354 H)[2] |
Meninggal dunia | 6 Mac 1040(1040-03-06) (umur 74)[1](430 AH)[3] |
Terkenal kerana | Kitab Optik, Keraguan Tentang Ptolemy, Tentang Tatabentuk Dunia, The Model of the Motions, Treatis berkaitan Cahaya, Treatis berkaitan Tempat, kaedah saintifik, sains eksperimen, fizik eksperimen, psikologi eksperimen, persepsi penglihatan, geometri analitik, astronomi bukan Ptolemy, jentera nujum |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik dan matematik |
Pengaruh | Aristotle, Euclid, Ptolemy |
Dipengaruhi oleh | Ibnu Rushd, Witelo, Roger Bacon, Kepler |
Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.[12]
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[13] Beliau juga dikenali dengan nama gelaran Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[14] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[15] di Eropah Zaman Pertengahan.
Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[14] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[16] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][17] yang membawa kepadanya dikenakan penahanan dalam rumah. Selepas waktu beliau dikenakan hukuman inilah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah saat kematiannya.[14]
Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.
Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.