Hukum gerakan planet Kepler
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam astronomi, hukum gerakan planet Kepler (Jawi: حكوم ڬرقن ڤلانيت كيڤلرcode: ms is deprecated ) ialah tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Teori ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler (1571–1630).
Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sekitar 1605, Kepler menemui bahawa cerapan Brahe bagi kedudukan planet turut mengikuti tiga hukum matematik mudah.