kugiran rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Hujan merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4][5][6] Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.
Hujan | |
---|---|
Berasal dari | Miri, Sarawak, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2005—kini |
Syarikat rakaman |
|
Ahli | Noh Salleh Hezry "AG" Hafidz |
Bekas ahli | Nazeri "Dukegong" Nazirul Azhar "Jaja" Imran |
Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er, -ere, daripada Inggeris Lama -ere (awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz (awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]
Kugiran Hujan bermula di laman media sosial Myspace, di mana kebanyakan ahli kumpulan berhubung melaluinya walaupun tidak mengenali sesama mereka pada awal perkenalan namun berkongsi minat yang sama. Noh Salleh memuat naik beberapa demo di Myspace dan mula diterima secara umum.
Hujan melabelkan genre yang dibawa oleh mereka sebagai rock indie, rock garaj dan rock alternatif. Mereka lebih cenderung mendendangkan lagu dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka ialah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu 1,2,3,Go! dan Check Check Rock Rock malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana, mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
Pada 2009, mereka melancarkan konsert jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" seiring dengan album Mencari Konklusi yang telah diadakan di seluruh negara. Jelajah itu diakhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke Eropah setelah diundang bagi bersama kumpulan rock legenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.
Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka Lonely Soldier Boy yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar Raingers.
Hujan tampil dengan penuh kelainan berbanding sebelumnya dengan album Sang Enemy yang bergenre post-hardcore dan metalcore. Bergandingan dengan Love Me Butch, Hujan melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar Hujan X Love Me Butch Tour 2013.
Album kelima Hujan, Jika Sempat dikeluarkan pada April 2016. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. "Jika Sempat" dan "Kamar Sepi" dikeluarkan sebagai single.[8][9]
Penyanyi utama Noh Salleh juga pernah ditampilkan dalam lagu beberapa artis popular sebagai projek luar. Sebelum bersama Hujan, Noh pernah menyertai kumpulan M.I.X pada tahun 2004 hingga 2006. Berikut ialah single Noh secara solo:-
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2006 | "Hantu" | — | — | — | — | Non-Demo/Album Single sebagai Noh Phrofile M.I.X |
"Puteri Santubong" | — | — | — | — | ||
"Akademi Cinta" ditampilkan oleh Nas Adila |
— | — | — | — | ||
2010 | "Pelita" ditampilkan sebagai A.P.I |
— | — | — | — | Hooperz A.P.I juga disertai Azlan & The Typewriter, Monoloque, Din Homatov Estranged, Imran OBS dan AJ Pop Shuvit |
"Kurnia" duet bersama Mizz Nina |
— | — | — | — | What Are You Waiting For | |
"Selamat Pagi Sayang" ditampilkan oleh DJ Fuzz |
— | — | — | — | Mixtape Mixology 3 | |
2011 | "Kotarayaku" ditampilkan oleh Altimet |
— | — | — | — | Kotarayaku |
Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
2009 (AIM16) | Artis Baru Terbaik | Tercalon | Meet Uncle Hussain | ||
Album Rock Terbaik | Hujan | Menang | |||
Lagu Rock Terbaik | Dugaannya | Tercalon | Hujan - Bila Aku Sudah Tiada | ||
Bila Aku Sudah Tiada | Menang | ||||
Lagu Terbaik | Tercalon | Misha Omar - Nafas Cahaya | |||
Album Terbaik | Tercalon | Dato' Siti Nurhaliza - Lentera Timur | |||
2010 (AIM17) | Album Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Tercalon | Faizal Tahir - Adrenalin | |
Lagu Rock Terbaik | Mencari Konklusi | Tercalon | Bunkface - Situasi | ||
2011 (AIM18) | Kulit Album Terbaik | Lonely Soldier Boy | Tercalon | Aizat - Urusan Aizat Amdan | |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | Reza Salleh - Realize | |||
Video Muzik Terbaik | Inspektor Remos | Tercalon | Aizat - Susun Silang Kata |
Anugerah Planet Muzik | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album | Keputusan | Tewas Kepada |
2009 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu untuk Duo/Kumpulan Baru | Pagi Yang Gelap | Hujan | Tercalon | Kotak - Beraksi |
Duo / Kumpulan Terbaik | Tercalon | Yovie & Nuno - The Special One | |||
Lagu Terbaik | Pagi Yang Gelap | Tercalon | Nidji - Laskar Pelangi | ||
Album Terbaik | Tercalon | Afgan - Confession No. 1 | |||
Artis Malaysia Paling Popular | Tercalon | Siti Nurhaliza | |||
Artis Serantau Paling Popular | Tercalon | ||||
2011 | Artis Serantau Paling Popular | Tercalon | Siti Nurhaliza |
Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
2009 (AJL24) | Aku Skandal | Hujan | Noh | Noh | Terbuka | Tercalon |
2010 (AJL25) | Mencari Konklusi | Mencari Konklusi | Noh | Noh | Terbuka | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2008 | Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular | Tercalon | |
2009 | Penyanyi Duo / Berkumpulan Popular | Tercalon |
Anugerah Shout! | |||
---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan | |
2009 | Break Out Award | Tercalon | |
Rockstar Award | Tercalon | ||
2010 | Rockstar Award | Tercalon |
Versus TV9 | ||||
---|---|---|---|---|
Tahun | Kategori | Minggu | Peratusan Undi | Keputusan |
2012 | Pertandingan | 8 | 50.6% (Minggu Akhir) | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.