From Wikipedia, the free encyclopedia
Hudson's Bay Company (HBC; Perancis: Compagnie de la Baie d'Hudson - "Syarikat Teluk Hudson") ialah sebuah kelompok dagang peruncitan di Kanada; ia tidak sahaja menjalankan kedai-kedai di sana tetapi juga di Amerika Syarikat serta beberapa negara di Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Jerman. Syarikat utama kelompok ini ialah Hudson's Bay,[2] namun terdapat juga divisyen lain termasuk Galeria Kaufhof, Home Outfitters, Lord & Taylor dan Saks Fifth Avenue. Syarikat ini beribupejabat di Brampton, Ontario;[3] ia turut disenaraikan dalam Bursa Saham Toronto di bawah singkatan "HBC".
Dinamakan sempena | Teluk Hudson |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam[1] |
Didagangkan sebagai | TSX: HBC |
Industri | Peruncitan, retail sale in non-specialised stores, perdagangan |
Ditubuhkan | London, England 2 May 1670 |
Pengasas | Médard des Groseilliers Pierre-Esprit Radisson |
Ibu pejabat | 8925 Torbram Road, Brampton, Ontario, Kanada |
Tokoh penting |
|
Hasil | ▲ CAD5.223 bilion (2014) |
Pendapatan bersih | ▲ CAD258.1 juta (2014) |
Jumlah aset | ▲ CAD12.23 bilion (2018) |
Pemilik | NRDC Equity Partners (48%) |
Bilangan kakitangan | 70,000 |
Pembahagian |
|
Anak syarikat | Hudson's Bay, Puget Sound Agricultural Company, Simpsons |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Ia mulanya menjalankan suatu monopoli perdagangan bulu di sebahagian besar kawasan Amerika Utara yang dikenali sebagai Tanah Rupert. Pada tahun 1670, ia dikurniakan suatu piagam diraja oleh Kerajaan England lalu menjadikan ia suatu kerajaan de facto selama hampir 200 tahun hingga 1869 di mana keseluruhan tanah milik ia dijual kepada kerajaan Kanada sebagai salah satu daripada syarat termaktub dalam suatu perjanjian pertukaran.[4][5] Syarikat ini beralih tumpuannya kepada penjualan barangan runcit yang pelbagai dari bulu haiwan ke perabot mahal di beberapa gudang serata Kanada pada pertengahan abad ke-19,[6][7][8] lama-kelamaan berkembang menjadi pasar raya yang banyak didapati dan dimiliki syarikat ini kini.[9]
Pierre-Esprit Radisson dan abang iparnya Médard des Groseilliers (Médard de Chouart, Sieur des Groseilliers) mendapat tahu dari kaum Cree adanya kawasan yang banyak haiwan buruan mendapatkan bulu haiwan di bahagian-bahagian utara dan barat Tasik Superior, serta suatu "laut beku" di jauh utara lagi.[10] Mereka meminta bantuan daripada kerajaan Perancis agar dapat menempatkan suatu pusat perdagangan di sana. Walau bagaimanapun, gabenor pada ketika itu Marquis d'Argenson menolak keras mereka meneroka kawasan terpencil itu - menurut sejarawan Peter C. Newman, penerokaan ini dikhuatiri d'Argenson akan menyebabkan tumpuan perdagangan bulu di Sungai St. Lawrence semakin berkurangan.[10] Radisson and Groseilliers tetap dengan rancangan mereka meneroka dan memburu di kawasan teluk itu; mereka berjaya mendapatkan bulu haiwan yang bermutu (pada 1669) namun dirampas dan didenda kerajaan Perancis Baru kerana kesalahan memburu tanpa izin kerajaan.[11]
Radisson dan Groseilliers tidak berputus asa lalu cuba menghubungi sekumpulan peniaga Inggeris di Boston, Massachusetts bagi mendana penerokaan mereka. Percubaan pertama mereka bersama para peniada ini gagal apabila kapal mereka melanggar air batu padat di Selat Hudson, namun seorang pegawai pesuruhjaya mendapat tahun rancangan Radisson dan Grosseillers lalu membawa kedua-dua menggalang dana di London pada 1665 ketika Maut Hitam melanda dengan dahsyatnya.[10] Di sana, mereka berdua berkenalan dengan Putera Rupert dari Rhine yang turut memperkenalkan mereka kepada pupunya, Raja Charles II.[12]
Sebuah syarikat bernama The Governor and Company of Adventurers of England Trading into Hudson's Bay ("Gabenor dan Kelompok Peneroka England Berdagang di Teluk Hudson") disyarikatkan pada 2 Mei 1670 dengan suatu piagam diraja kurniaan Raja Charles II.[4] di mana piagam tersebut menetapkan hak milik ke atas semua kawasan yang ada sungai mengalir turun ke Teluk Hudson di utara benua Amerika Utara berkeluasan 1.5 juta batu persegi (3.9 x 106km2) - kawasan tersebut diberi nama "Rupert's Land" sempena Putera Rupert dari Rhine, gabenor pertama syarikat ini yang dilantik baginda Raja England.
Pada tahun 1869, syarikat ia memutuskan menyerahkan hak milik Tanah Rupert kepada kerajaan Britain setelah mendapat tawaran pembelian daripada pemerintah Amerika Syarikat sebanyak 10 juta dolar Kanada yang ditolak syarikat tersebut.[13] Kerajaan Britain mengurniakan hak milik tanah tersebut kepada Kanada dengan pinjaman sebanyak £300,000 sebagai pampasan rugi kepada HBC,[5] malah HBC turut mendapat satu perdua puluh kawasan subur untuk pendudukan serta geran pemilikan tempat dagangan ia.[14] Kawasan ini dikenali sebagai Wilayah Barat Laut yang dibawa masuk pemerintahan Kanada di bawah Akta Tanah Rupert 1868 (Rupert's Land Act 1868) serta dikuatkuasakan Parlimen United Kingdom, provinsi Manitoba turut dimasuukan ke dalam Gabungan Kanada pada hari yang sama.[5]
Perang Dunia Pertama mengganggu pengubahsuaian dan pemulihan besar-besaran kedai perdagangan runcit yang dirancang pada tahun 1912. Selepas perang, syarikat itu menghidupkan semula aktiviti perdagangan bulu dan hartanah, dan mempelbagaikan operasinya dengan menceburi perniagaan minyak.[6][15] Syarikat itu mengasaskan Hudson's Bay Oil and Gas Company (HBOG) pada tahun 1926 dengan Marland Oil Company (yang bergabung dengan Conoco pada 1929). Walaupun syarikat itu mempelbagaikan ke dalam beberapa kawasan, perniagaan gedung serbanekanya adalah satu-satunya bahagian operasi syarikat yang masih tinggal, dalam bentuk gedung serbaneka di bawah jenama Hudson's Bay.[16] Syarikat itu juga menubuhkan jawatan perdagangan baharu di Artik Kanada.
Pada 16 Julai 2008, syarikat ini dijual kepada NRDC Equity Partners, sebuah firma ekuiti swasta di Purchase, New York.[17][18] Ia dialihkan pemilikannya di bawah sebuah syarikat pemegangan bawahannya, Hudson's Bay Trading Company pada musim gugur tahun 2008.
Senarai kronologi Gabenor Hudson's Bay Company:[19]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.