From Wikipedia, the free encyclopedia
Hubungan Malaysia–Mongolia merujuk kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Mongolia. Kedua-dua negara kini tidak mempunyai duta besar di kedua-dua negara. Malaysia memiliki konsulat terhormat di Ulaanbaatar,[1] dan konsulat terhormat Mongolia di Bangkok ditugaskan bagi hal-ehwal Malaysia.[2]
Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah terjalin pada 8 September 1971.[3] Sejak 1994, beberapa lawatan telah dibuat oleh Mongolia; bekas Perdana Menteri Puntsagiin Jasrai membuat lawatan pada 1994, Menteri Luar Negeri Luvsangiin Erdenechuluun pula pada 2002, dan seorang lagi bekas Perdana Menteri Nambaryn Enkhbayar pada 2003 semasa Sidang Kemuncak NAM ke-13. Lawatan oleh Malaysia hanya pernah dibuat oleh bekas Menteri Luar Syed Hamid Albar pada 2003.[4]
Mongolia tidak lagi diwakili sebarang duta ke Malaysia sejak 2006 berikutan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga 2014 sebagai memenuhi keperluan pelajar Mongolia di Malaysia.[5]
Pada 18 Mei 2018, presiden Mongolia Khaltmaagiin Battulga telah menggesa Perdana Menteri baharu Mahathir Mohamad untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan ini. Dalam ucapan tahniah kepada Mahathir, Battulga menyifatkan pembunuhan 2006 sebagai satu "jenayah berat."[6][7][8][9] Pada Julai 2018, Malaysia sedang bekerja untuk menghidupkan semula hubungan dengan Mongolia.[10]
Satu perjanjian tentang penghapusan cukai berganda dan pencegahan pengelakan fiskal telah ditandatangani sejak 1995.[11][12]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.