![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/77/Malaysia_USA_Locator.svg/langms-640px-Malaysia_USA_Locator.svg.png&w=640&q=50)
Hubungan Amerika Syarikat–Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hubungan Malaysia–Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat–Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin.
![]() | |
![]() Malaysia |
![]() Amerika Syarikat |
---|---|
Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.