![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e1/Cannon_fire_-_M109_self-propelled_howitzer.jpg/640px-Cannon_fire_-_M109_self-propelled_howitzer.jpg&w=640&q=50)
Howitzer M109
From Wikipedia, the free encyclopedia
M109 adalah sebuah howitzer 150mm gerak sendiri yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang pertama kali diperkenalkan pada awal tahun 1960-an. Ia telah beberapa kali melalui proses tingkat upaya, yang mana pada hari ini versi terkininya adalah M109A6 Paladin. Keluarga M109 adalah merupakan senjata sokongan tembakan tidak langsung yang biasa digunakan oleh divisyen infantri mekanis di negara-negara Barat.
M109 Howitzer | |
---|---|
![]() Meriam katak gerak sendiri, M109 milik Pasukan Pertahanan Israel | |
Jenis | Artileri gerak sendiri |
Tempat asal | ![]() |
Spesifikasi | |
Berat | 27.5 tan |
Panjang | 30 kaki (9.1 m) |
Lebar | 10.3 kaki (3.1 m) |
Tinggi | 10.7 kaki (3.3 m) |
Krew | 8 (Komander, Pemandu, 6 x jurumeriam) |
Shel | separate loading, bagged charge |
Kaliber | 155 mm |
Breech | interrupted screw |
Rentas | 360° |
Kadar tembakan | 4 butir/min maksimum, 1 butir/min sustained |
Jarak tembakan efektif | 18,000 m - 30,000 m (menggunakan projektil dorongan roket) |
Senjata pertama | Howitzer M126 155 mm |
Senjata kedua | Mesingan M2 berkaliber .50 (12.7 mm) |
Enjin | diesel 450 hp |
Kuasa/berat | 18.7 hp/t |
Sistem ampaian | bar kilasan |
Jarak operasi | 216 batu (350 km) |
Kelajuan | 35 mph (56 km/j) |
M109 memerlukan enam orang krew: iaitu komander, pemandu, jurumeriam dan pembantunya serta dua orang pengendali peluru. Versi terkini M109 iaitu M109A6 Paladin pula hanya memerlukan seorang jurumeriam dan dua orang pengendali peluru.
Tentera Darat Britain telah mengantikan M109nya dengan AS-90. Beberapa angkatan tentera negara Eropah juga telah atau sedang dalam proses mengantikan M109 yang telah usang dengan PzH2000 buatan Jerman, yang mana mengatasi keupayaan M109 di dalam banyak aspek. Program tingkat upaya M109 telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat dan Switzerland (KAWEST). Dengan pembatalan program Crusader, Paladin dijangka akan kekal menjadi howitzer gerak sendiri utama di dalam angkatan tentera Amerika Syarikat buat masa terdekat.