Horologi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Horologi (dari Yunani: ὥραcode: el is deprecated , "jam, masa" dan Yunani: λόγοςcode: el is deprecated , logos, "kajian"; iaitu 'kaji masa') merupakan seni atau ilmu mengukur masa. Pelbagai jenis jam, termasuk jam tangan, jam matahari mahupun jam air, sawat jam, pemasa, perekod waktu dan kronometer marin merupakan contoh-contoh alat yang digunakan untuk mengukur masa.
Mereka yang berminat dalam ilmu horologi dipanggil ahli horologi, termasuklah mereka yang berurusan secara profesional dengan alat-alat menjaga waktu (tukang jam), dan juga para peminat dan ilmuwan horologi. Horologi dan ahli-ahlinya mendirikan pelbagai pertubuhan, baik yang profesional mahupun keilmuwanan.