From Wikipedia, the free encyclopedia
Hikayat Seri Kelantan merupakan manuskrip tulisan Melayu mengenai sejarah pemerintahan negeri Kelantan. Naskhah ini dipercayai ditulis pada 5 Februari 1914 (9 Rabiulawal 1332H). Penulis asal naskhah ini tidak diketahui.
Satu salinan fotokopi naskhah "Hikayat Seri Kelantan", terdapat di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada 1914 manuskrip yang dihimpun dari dua sumber lebih awal, sumber yang paling tua bertarikh dari tahun 1783. Manuskrip asal dipegang oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, yang diwarisi dari bapanya, Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.
Manuskrip rujukan yang bercetak ini memiliki 28,612 perkataan.
Ia telah diterbitkan semula oleh Mohd. Taib Osman (ed.), Hikayat Seri Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004. Siri Warisan Sastera Klasik. Ia berdasarkan Naskhah "Hikayat Seri Kelantan", Library of Universiti Malaya, Kuala Lumpur. [Fotokopi], yang asal dimiliki oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Kuala Lumpur diwarisi dari bapanya, Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail, Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan (pengumpul "Ringkasan Cetera Kelantan").
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.