![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f6/Heunginjimun1.jpg/640px-Heunginjimun1.jpg&w=640&q=50)
Heunginjimun
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rencana ini mengenai pintu gerbang Korea Selatan yang dikenali sebagai Dongdaemun. Untuk other uses, sila lihat Dongdaemun (nyahkekaburan).
Heunginjimun, secara harfiahnya "Gerbang Terbit Kebaikan" atau lebih dikenali sebagai Dongdaemun, adalah salah satu daripada Lapan Gerbang Seoul dalam Tembok Kubu Seoul, sebuah mercu tanda terkemuka di pusat Seoul, Korea Selatan. Nama Korea "Dongdaemun" itu sendiri bermaksud "Gerbang Timur Besar," dan ia dinamakan demikian kerana ia pintu gerbang timur utama dalam tembok yang mengelilingi Seoul semasa Dinasti Joseon. Pintu itu terletak di Jongno 6-ga di Jongno-gu.