Heroes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Heroes merupakan sebuah siri televisyen yang berasal daripada Amerika Syarikat, hasil ciptaan Tim Kring yang telah ke udara pada 25 September 2006. Siri ini mengisahkan tentang kisah beberapa orang individu istimewa "yang menyangka mereka sama seperti individu-individu lain sehinggalah mereka bangun dari tidur dengan menyedari mereka mempunyai kemampuan yang istimewa" seperti telepati, pengawalan masa dan terbang.
Heroes | |
---|---|
Genre | Drama Fiksyen Sains |
Pencipta | Tim Kring |
Dibintangi oleh | David Anders Kristen Bell Santiago Cabrera Jack Coleman Tawny Cypress Dana Davis Noah Gray-Cabey Greg Grunberg Ali Larter James Kyson Lee Masi Oka Hayden Panettiere Adrian Pasdar Zachary Quinto Sendhil Ramamurthy Dania Ramirez Leonard Roberts Cristine Rose Milo Ventimiglia |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 77 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 45 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | NBC |
Format gambar | 480i SDTV , 1080i HDTV |
Siaran asal | 25 September 2006 – kini |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Heroes Reborn |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Siri "Heroes" merupakan siri televisyen yang paling popular dikalangan dewasa berusia 18-49, dan menarik 14.3 juta penonton keseluruhan dan mendapat 'rating' tertinggi antara siri drama NBC dalam masa lima tahun.
Pada 6 Oktober 2006 Presiden NBC Entertainment, Kevin Reilly mengumumkan yang Heroes telah terpilih untuk menjadi sebuah siri yang bermusim, dan pada 17 Januari 2007, Reilly telah mengumumkan yang "Heroes" telah terpilih untuk disambung ke musim ke-2.
Walau bagaimanapun, pada akhir episod yang ke-18, iaitu Parasite (Bahasa Melayu: Parasit), "Heroes" diumumkan akan berada pada status 'hiatus' dan disambung semula pada 23 April 2007.