Hentian glotis
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hentian glotis, atau letupan glotis tak bersuara, ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam banyak bahasa lisan. Hentian glotis terdapat dalam bahasa Melayu dalam bentuk huruf k di akhir perkataan atau di akhir suku kata yang diikuti konsonan, contohnya tidak /tidaʔ/. Dalam bahasa Inggeris, konsonan ini diwakili oleh tanda sempang dalam kata seruan uh-oh!, dan juga tanda koma atas atau ʻokina dalam nama Hawaiʻi bagi sesiapa yang ingin menyebut sebutan aslinya dengan sebaik-baiknya.
Fakta Segera Nombor AFA, Pengekodan ...
Nombor AFA | 113 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | ? | ||
| |||
Sampel audio | |||
Tutup
Aksara Abjad Fonetik Antarabangsa yang melambangkan bunyi ini ialah ‹ʔ›. Namanya hentian glotis kerana istilah teknikal untuk jurang antara lipatan vokal yang dirapatkan ketika menghasilkan bunyi ini, ialah glotis.