Heckler & Koch
From Wikipedia, the free encyclopedia
Heckler & Koch atau ringkasnya HK adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara Jerman. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler 2 Februari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989.
![]() | |
![]() Головной офис в Оберндорф-на-Неккаре | |
Dinamakan sempena | Edmund Heckler, Theodor Koch ![]() |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat Persenjataan |
ISIN | DE000A11Q133 ![]() |
Industri | Industri Persenjataan, Pertahanan |
Ditubuhkan | 1949 |
Pengasas | Alex Seidel Edmund Heckler Theodor Koch ![]() |
Ibu pejabat | Oberndorf am Neckar, Jerman |
Tokoh penting | Edmund Heckler, Theodor Koch, Alex Seidell |
Keluaran | Senjata Api |
Hasil | 220,950,000 euro (2018) ![]() |
Bilangan kakitangan | 700 (Disember 2002) |
Tapak web | www.heckler-koch.de![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat di sebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.