Hassan Shukri
ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ustaz Hassan Shukri (10 November 1939 - 14 Jun 2010) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu selama dua penggal, dari 1999 hingga 2004. Di peringkat parti, beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung PAS sebanyak dua kali (1974-1979, dan 1982-1989). Beliau pernah menjadi Naib Presiden PAS di bawah dua orang Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan Dato' Fadzil Mohd Noor.
Fakta Segera UstazHassan Shukri A.M.N (Malaysia), Ahli Dewan Negara ...
Ustaz Hassan Shukri A.M.N (Malaysia) | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 23 Disember 2002 – 22 Disember 2005 | |
Dalam jawatan 27 Disember 1999 – 26 Disember 2002 Berkhidmat dengan Safinah Jusoh | |
Timbalan Presiden PAS | |
Dalam jawatan 2003 – 2005 | |
Didahului oleh | Abdul Hadi Awang |
Digantikan oleh | Nasharudin Mat Isa |
Butiran peribadi | |
Lahir | 10 November 1939 Sabak Bernam, Selangor |
Meninggal dunia | 14 Jun 2010 Hospital Selayang, Kuala Lumpur |
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Ustazah Hamidah Abdul Mutalib |
Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Tutup