From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (lahir 5 Disember 1964) ialah ahli politik di Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sejak 2023.[1] Beliau pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat (P101) mewakili Pakatan Harapan pada 2018 hingga 2022.[2] Beliau ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sejak 2015.[3][4]
Hasanuddin Mohd Yunos PMW (WP); AP | |
---|---|
Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) | |
Memegang jawatan 9 Mei 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P101 Hulu Langat, Selangor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dr. Che Rosli Che Mat |
Digantikan oleh | Mohd Sany Hamzan |
Majoriti | 25,424 (2018) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Rengit, Johor, Malaysia | 5 Disember 1964
Parti politik | Parti Amanah Negara (2015-kini) Parti Islam Se-Malaysia (1999-2015) |
Pasangan | Datin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir |
Kediaman | Selangor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau ialah salah seorang anggota delegasi Malaysia dalam misi flotila kebebasan Gaza pada 2010 yang menaiki kapal MV Mavi Marmara yang dirampas.[5][6] Dalam bidang kemanusiaan, beliau terlibat Pertubuhan IKRAM Malaysia dan pernah dipilih sebagai timbalan presiden pertubuhan itu pada 2014-2018.[4] Beliau juga ialah pengerusi pengasas pertubuhan kemanusiaan Aqsa Syarif yang berpaksikan kepada bantuan kepada Palestin.[7]
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Buang undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N22 - Rengit | Hasanuddin Mohd Yunus | PAS | 5,816 | Zainal Abidin Mohd Zin | UMNO | 11,163 | 17,604 | 5,347 |
2004 | N25 - Rengit | Hasanuddin Mohd Yunus | PAS | 3,004 | Ayub Jamil | UMNO | 7,587 | 10,906 | 4,583 |
2008 | N25 - Rengit | Hasanuddin Mohd Yunus | PAS | 3,377 | Ayub Jamil | UMNO | 8,656 | 12,354 | 5,279 |
Tahun | Kawasan | Nama | Logo | Undi | Lawan | Parti | Undi | Buang undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P101 - Hulu Langat | Hasanuddin Mohd Yunus | AMANAH | 49,004 | Azman Ahmad | UMNO | 23,580 | 89,577 | 25,424 |
Che Rosli Che Mat | PAS | 15,663 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.