From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Pembebasan Kebangsaan Korea adalah hari perayaan yang disambut setiap tahun pada 15 Ogos di Korea Utara dan Selatan. Ia memperingati Hari Kemenangan ke atas Jepun, ketika pasukan tentera A.S. dan Soviet mengakhiri penjajahan Jepun selama hampir 3 dekad di Korea. Ia terkenal sebagai satu-satunya cuti umum di semenanjung Korea yang disambut oleh Korea Utara dan Korea Selatan.[1]
Gwangbokjeol(광복절) | |
---|---|
Official name | Gwangbokjeol (Korea Selatan) Jogukhaebangŭi nal (Korea Utara) |
Also called | Liberation Day of Korea |
Observed by | Orang Korea (seperti di Korea Utara, Korea Selatan) |
Type | Kebangsaan, umum |
Significance | Menyambut Hari Kemenangan ke atas Jepun, dimana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet membebaskan Korea dari cengkaman Empayar Jepun dan pemerintahannya di Korea dari 1910 hingga 1945. |
Date | Ogos 15 |
Hangul | 광복절 |
---|---|
Hanja | 光復節 |
Perumian Semakan | Gwangbokjeol |
McCune–Reischauer | Kwangbokchŏl |
Hangul | 조국해방의 날 |
Hanja | 祖國解放의 날 |
Perumian Semakan | Jogukhaebangui nal |
McCune–Reischauer | Chogukhaebang'ŭi nal |
Di Korea Selatan ia dikenali sebagai Gwangbokjeol (secara harfiah, "hari cahaya itu kembali"), dan merupakan salah satu cuti umum di Korea Selatan. Di Korea Utara ia dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah: Hari Pembebasan Tanah Air), dan juga salah satu cuti umum di Korea Utara. Hari Gwangbokjeol merupakan hari penting bagi identiti Bangsa Korea.[2]
Selepas Semenanjung Korea dibebaskan oleh pihak Bersekutu pada tahun 1945, kerajaan Korea yang bebas diwujudkan tiga tahun kemudian, pada 15 Ogos 1948, ketika tokoh pro-Amerika Syngman Rhee dipilih sebagai Presiden pertama Korea Selatan dan pro-Soviet Kim Il-sung menjadi Pemimpin pertama Korea Utara. Gwangbokjeol secara rasmi ditetapkan sebagai cuti umum pada 1 Oktober 1949 di Korea Selatan dan dikenali sebagai Chogukhaebangŭi nal (조국 해방 의 날 secara harfiah "Hari Pembebasan Tanah Air") di Korea Utara.[3]
The Peak atau Life of Lee Youk-sa, the Poet Who Embraced Epoch, yang dibintangi oleh Kim Dong-wan dari boyband Shinhwa adalah siaran drama khas dua bahagian dari MBC untuk memperingati peristiwa Gwangbokjeol. Ia adalah mengenai kehidupan penyair dan aktivis kemerdekaan, Lee Youk-sa, yang hidup semasa Zaman Kolonial Jepun, dan meninggal dunia di penjara pada umur 40 tahun. Beliau meninggalkan 40 keping puisi tentang perjuangan Korea.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.